kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bank Islam Sedia Peluang Latihan Kepada Siswazah UUM

 

bank islam ft uum

 

SINTOK, 18 Jan (Bernama) - Bank Islam akan menyediakan peluang latihan kepada siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi melengkapkan usaha mendidik generasi muda berilmu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata siswazah yang terpilih akan menerima pendedahan dunia pekerjaan dan mengasah kemahiran mereka sebelum menyertai alam pekerjaan, khususnya dalam dunia perbankan Islam. "Bersandarkan pengalaman dan kepakaran kami dalam bidang kewangan khususnya perbankan patuh syariah, kami berharap untuk memperkasakan mahasiswa dan warga kerja UUM.

"Bank Islam akan memacu kapasiti ekosistem keusahawanan sosial di UUM termasuklah menganjurkan program-program seperti Impak Rangkuman Kewangan,Inkubasi Usahawan dan peluang latihan industri di kampus ini," katanya pada Majlis Perasmian Inapan Bank Islam UUM di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini, Bank Islam turut berkongsi rezeki dengan warga UUM melalui sumbangan dana zakat yang memanfaatkan pelajar kurang berkemampuan dalam meneruskan pengajian mereka.

"Kami juga amat berbesar hati apabila dijemput untuk mengambil bahagian dalam satu lagi usaha yang memberi manfaat kepada warga menara gading yang disegani ini.

"Penjenamaan Inasis (inapan siswa) serta pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) ini bakal memperkukuh kerjasama yang telah terjalin antara Bank Islam dan UUM sejak 2005 lagi," katanya.

Mohd Muazzam berkata menerusi MoA itu, Bank Islam akan menyumbang RM350,000 dalam bentuk dana endowmen bagi tempoh 10 tahun.

Beliau berkata ia bakal digunakan oleh pihak UUM untuk penyelenggaraan inapan siswa dan pelbagai program keusahawanan serta literasi kewangan untuk mahasiswa UUM.

 

Sumber : Bernama
Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.