kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs Perkeso 2024 Tawar 10,000 peluang Pekerjaan

 

future jobs

 

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) - Sebanyak 10,000 jawatan kosong ditawarkan kepada mana-mana individu yang masih mencari peluang pekerjaan pada Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2024.

Perkeso dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan peluang pekerjaan itu ditawarkan oleh lebih 50 majikan pada karnival yang sedang berlangsung bermula 14 hingga 16 Mac di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

“Pelbagai calon majikan termasuk pemain industri utama seperti RHB, HSBC, UOA Group, DHL, CoOpbank Pertama, HABIB Group dan banyak lagi menyertai karnival kali ini untuk mencari bakat baharu bagi mengisi peluang pekerjaan.

“… pelbagai peringkat jawatan bermula daripada kelayakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke ijazah sarjana ditawarkan dengan anggaran 60peratus jawatan adalah kumpulan eksekutif,” menurut kenyataan itu.

Selain itu Perkeso turut memaklumkan pencari kerja yang belum pasti dengan hala tuju kerjaya yang diidamkan juga digalakkan hadir kerana agensi itu menerusiportal pekerjaan rasmi negara MYFutureJobs turut menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kerjaya.

“Antaranya sesi kaunseling kerjaya, teknik penyediaan resume, khidmat padanan pekerjaan, taklimat kebolehpasaran serta yang menarik untuk karnival kali ini adalahtawaran waktu bekerja fl eksible dengan gaji berpatutan turut sedia untuk diisi buat pencari kerja yang hadir.

“Selain karnival kerjaya terdapat juga aktiviti menarik lain yang boleh disertai dalam karnival yang berlangsung sempena sambutan Hari Wanita, seperti taklimat SkimKeselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), pameran agensi kerajaan dan penyedia latihan serta pemeriksaan kesihatan percuma,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan rekod perangkaan Perkeso dari 2020 hingga 29 Feb lepas mencatatkan sebanyak 2,547,724 pencari kerja telah berdaftar di portalMYFutureJobs dengan sekitar 52.21 peratus (1,330,580) pencari kerja adalah wanita.

Menurut Perkeso dalam tempoh sama sebanyak 1,016,583 pencari kerja telah berjaya mendapatkan pekerjaan dengan sekitar 47.62 peratus (484,088) merupakanpencari kerja wanita.

Dalam pada itu orang ramai boleh melayari www.myfuturejobs.gov.my untuk carian pekerjaan secara dalam talian serta percuma atau hadir ke karnival kerjayaMYFutureJobs dengan mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Bagi majikan yang ingin menawarkan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, mereka juga boleh layari www.myfuturejobs.gov.my

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.