kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pelaksanaan Program TVET Kekal Dikendali 12 Kementerian - Ahmad Zahid

tvet kekal 12 kementerian

 

BAGAN DATUK, 12 Mei (Bernama) - Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Jawatankuasa Majlis TVET Negara yang dipengerusikannya telah menyelaraskan program berkenaan agar tidak berlaku pertindihan peranan.

"Biarlah ia berjalan mengikut acuan sekarang. Tidak perlu dikurangkan, di bawah KKDW khususnya di bawah MARA,
kebolehpasaran graduan TVET semakin meningkat.

“Kita juga ada MTUN (Jaringan Universiti Teknikal Malaysia) yang memastikan kursus-kursus ditawarkan sentiasa memenuhi kehendak pasaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) bagi Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan Program TVET yang dikendalikan oleh 12 kementerian dan agensi kerajaan dihadkan kepada tiga sahaja.

Pengerusinya Saifuddin Abdullah berkata 12 kementerian dan agensi untuk menjaga TVET terlalu banyak dan akan menimbulkan pelbagai isu termasuk tidak semua institusi itu menggunakan akreditasi yang ditentukan oleh Majlis TVET Kebangsaan.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata bagi kemasukan ke 1,334 institusi TVET, permohonan kini boleh dibuat secara dalam talian tunggal iaitu melalui Unit Pengambilan TVET atau UPTVET.

Beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa permohonan ke Kolej Vokasional adalah dua kali ganda berbanding sebelum ini menandakan ibu bapa mula memilih TVET untuk pelanjutan pelajaran anak-anak mereka.
"Terkini 94.5 peratus graduan TVET ini berjaya mendapat pekerjaan. Bidang-bidang ini menawarkan gaji premium untuk graduan,"katanya.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.