kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Faktor-Faktor Halangan Peningkatan Taraf Pendidikan Dan Kemahiran Belia Luar Bandar

Tajuk Faktor-Faktor Halangan Peningkatan Taraf Pendidikan Dan Kemahiran Belia Luar Bandar
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2015
Muat Turun
Deskripsi

FAKTOR-FAKTOR HALANGAN PENINGKATAN TARAF PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN BELIA LUAR BANDAR

ALIAS BIN MASEK, BADARUDDIN BIN IBRAHIM, LAI CHEE SERN, MIMI MOHAFFYZA BIN MOHAMAD, MARLINA BINTI MOHAMAD, SHAFIZZA BINTI SAHDAN DAN NOOR ATIKAH BINTI ZAINAL ABIDIN

ABSTRAK
Belia luar bandar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi negara. Belia yang efektif dan berguna mestilah dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu yang mencukupi bagi memenuhi keperluan ekonomi negara. Namun, masih terdapat ramai belia yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kemahiran yang rendah. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kecenderungan bidang pengajian dan faktor halangan yang dominan bagi belia luar bandar yang tidak menyambung pengajian akademik atau latihan kemahiran untuk menyambung pengajian. Kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Soal selidik telah diedarkan kepada 1600 orang belia di luar bandar dan seramai 1259 orang telah mengembalikan semula borang soal selidik tersebut. Data kualitatif pula diperolehi daripada sesi temubual bersama beberapa orang partisipan belia luar bandar. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, dan min skor. Dapatan menunjukkan bahawa golongan belia yang tidak menyambung pengajian cenderung dalam meminati bidang pertanian iaitu skor min 3.47 (1.03), diikuti oleh bidang media kreatif dan seterusnya kulinari. Terdapat juga belia luar bandar yang meminati bidang mekanikal, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan awam. Faktor halangan yang paling dominan bagi belia luar bandar untuk menyambung pengajian pula ialah diri sendiri iaitu skor min 3.34 (.70). Hasil dapatan kajian bagi kualitatif pula ialah antara kecenderungan bidang yang diperolehi ialah kejuruteraan, aliaran sains, aliran agama dan juga bidang perniagaan manakala faktor halangan yang dikesan ialah masalah ekonomi keluarga, tanggungjawab dan pengalaman bekerja. Implikasi bagi kajian ini ialah pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) diharapkan boleh memperluaskan promosi berkaitan program di IKBN melalui penggunaan teknologi dan media sosial. IKBN juga perlu menyemak semula penumpuan bidang yang ditawarkan berbanding lokasi bagi memudahkan pihak IKBN dan juga belia luar bandar untuk menceburi bidang yang diminati.

Kata kunci:  Belia luar Bandar; Pendidikan Teknikal dan Vokasional; Kemahiran; Kecenderungan, Faktor Dominan

 

ABSTRACT

Youth generation play an important role especially youth in the economic development of the country. Effective and useful youth must be equipped with sufficient skills and knowledge to meet the needs of the national economy. However, there are still many youth that has low education background and skills. Therefore, this study was carried out to identify tendencies field of rural youth education and the dominant barrier for rural youth that do not pursue studies in academic or skills training. A survey using quantitative approach and supported by qualitative data was used. Survey using questionnaire had been distributed to 1,600 youth nationwide and a total of 1,259 people have return the questionnaire. Next, qualitative data was obtained from interviews with some rural youth participants. Data were analyzed using frequency, percentage, and mean score. The findings showed that the youths that are not pursue their studies have a tendency in agriculture field with score min 3.47 (1.03), followed by the field of creative media and culinary. There are also rural youth interested in the mechanical field, electrical engineering and civil engineering. The dominant barriers for rural youth to continue their studies was themselves with the mean score 3:34 (.70). The findings of the qualitative is the tendency of the areas obtained in interview session are engineering, science stream, religious, and army while dominant factors detected were economic problems, family responsibilities and work experience. The implications of this study are the National Youth Skills Institute is expected to expand related promotion program in the institute through the use of technology and social media . The institute also need to review the courses offered over the site to enable the institute as well as rural youths to venture into areas of their interest .

Keywords:  Rural youth; Technical and Vocational Education; Skills; Tendency, Dominant Barriers

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.