kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Aspirasi Dan Kecenderungan Belia Malaysia Terhadap Kepimpinan Politik Negara

Tajuk Aspirasi Dan Kecenderungan Belia Malaysia Terhadap Kepimpinan Politik Negara
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

Aspirasi Dan Kecenderungan Belia Malaysia Terhadap Kepimpinan Politik Negara

Abdul Razaq Ahmad1, Mohd Mahzan Awang2, Jamil Ahmad3

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

1razaq@ukm.edu.my, 2mahzan@ukm.edu.my, 3jamil3191@yahoo.co.uk

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti tahap aspirasi dan kecenderungan belia Malaysia terhadap kepimpinan politik negara. Kepimpinan politik negara adalah berkaitan dengan aspek kredibiliti karekter pemimpin, idealisme perjuangan, gaya kepimpinan politik, dan kecenderungan belia dalam pemilihan pemimpin politik. Belia dalam kajian ini adalah terdiri daripada individu yang berusia sekitar 19 hingga 25 tahun. Metodologi kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik Skala Likert 7-mata serta merujuk dan mengadaptasi daripada pelbagai sumber. Responden kajian ini dipilih menggunakan teknik stratifikasi daripada lima zon di Malaysia melibatkan 1200 orang sampel pelbagai etnik di seluruh Malaysia. Hasil kajian rintis berdasarkan análisis Chronbach Alfa bagi kesemua konstruk yang dikaji keseluruhannya berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dia antara 0.830 hingga  0.955. Analisis data menggunakan SPSS versi 22.0 bagi menganalisis data yang berbentuk statistik deskriptif (min dan sisihan piawai). Hasil kajian menunjukkan tahap aspirasi belia secara keseluruhannya adalah agak tinggi dengan skor min antara 4.049 hingga 5.900. Analisis terperinci menunjukkan bahawa belia meletakkan aspirasi yang tinggi terhadap kredibiliti karekter pemimpin dari aspek pemimpin berpandangan jauh dan kompeten (min = 5.82, sisihan piawai = 086). Selain daripada itu, belia meletakkan keutamaan kepada idealisme perjuangan politik yang berbentuk nasional (min = 5.90, sisihan piawai = 0.97). Bagi gaya kepimpinan politik pula, belia lebih mengharapkan kepada gaya kepimpinan berbentuk penyertaan berbanding dengan gaya mengarah dan gaya menyokong (min = 5.85, sisihan piawai = 0.97). Majoriti belia meletakkan harapan yang sangat tinggi agar pemimpin menunjukkan sikap kepedulian kepada permasalahan rakyat (min = 5.70, sisihan piawai = 1.16). Analisis data tersebut menggambarkan bahawa belia Malaysia mempunyai aspirasi yang tinggi tehadap kepimpinan politik negara masa kini. 

Kata Kunci: kepimpinan politik negara, aspirasi, kecenderungan, belia pelbagai etnik

Abstract

The present study aims at surveying and identifying the level of Malaysian youth expectations and aspirations towards the country's political leadership. The political leadership in this study refers to the credibility of the political leader, political idealims, political leadership styles, and preferred political leaders. Individuals aged between 19 and 25 years are considered to be youth in this study. This is a survey study where a set of 7-Point Likert Scale questionnaire that has been adapted from various sourses was used for data collection. The current study involves 1200 respondents that have been selected using stratification techniques from five zones in Malaysia. Prior to data data collection, a pilot test was carried out where the results of Chronbach Alpha values (0.830 and 0.955) indicating that all items and constructs reliable. Data from the actual study was analyzed using SPSS version 22.0 by focusing on descriptive statistics (mean and standard deviation). The results showed that the aspirations of youth as a whole are relatively high with the mean scores between 4.049 and 5.900. A detailed analysis shows that there is a high aspiration of the youth towards the character of political leaders especially from the aspect of looking forward and competency level (mean = 5.82, standard deviation = 086). In addition, the majority of youth is more likely to prioritize the national-based idealisme (mean = 5.90, standard deviation = 0.97). The majority of youth are keen on participative leadership rather than directive and supportive leadership styles (mean = 5.85, standard deviation = 0.97). They also have a very high expectation towards leaders who show their care and concern in solving the people problems (mean = 5.70, standard deviation = 1.16). These findings revealed that that Malaysian youths, nowadays have high aspirations toward national political leadership.

Keywords: political leadership, aspirations, inclinations, multi-ethnic

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.