kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Cinta Sejagat Dan Transformasi Belia

Tajuk Cinta Sejagat Dan Transformasi Belia
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

CINTA SEJAGAT DAN TRANSFORMASI BELIACINTA SEJAGAT DAN TRANSFORMASI BELIA

Prof Madya Dr Fazilah Idris
Dr Syaidatun Nazirah Abu Zahrin
Pusat CITRA Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia


ABSTRAK
Cinta Sejagat adalah satu konsep yang digarap dari kefahaman dan nilai-nilai pelbagai agama. Ia adalah mekanisme penyatuan rakyat, mencetus kasih sayang dan cinta dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mereka yang tidak memahami hakikat cinta yang sebenar mudah untuk jatuh ke kancah kemaksiatan dan gejala sosial. Golongan muda yang terlibat dengan hubungan seks sebelum perkahwinan terlibat dengan kes-kes pembuangan bayi di tepi jalan, longkang, sungai, tempat ibadah, tong sampah dan tempat pembuangan. Kajian dalam kalangan 395 orang responden berbilang kaum dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia mendapati bahawa belia Malaysia memahami konsep Cinta Sejagat, walau bagaimanapun, dari segi praktisnya, akhlak percintaan dan pemikiran rasional dalam percintaan masih berada pada tahap yang rendah dan sederhana. Selain itu, ketiga-tiga variabel peramal iaitu cinta sejagat, pemikiran rasional dalam percintaan dan akhlak percintaan telah dimasukkan ke dalam model regresi. Didapati, ketiga-tiga variabel tersebut merupakan faktor peramal kepada transformasi kerana mempunyai aras signifikan p<0.05. Ini menunjukkan bahawa Konsep Cinta Sejagat berupaya untuk mentransformasikan belia Malaysia. Justeru, kefahaman Konsep Cinta Sejagat haruslah disebarluaskan supaya aspek akhlak percintaan dan rasional dalam percintaan dapat ditingkatkan. Adalah diharapkan bahawa kajian ini akan dapat membantu kerajaan untuk membentuk generasi yang pengasih dan penyayang, prihatin, proaktif, inovatif dan berketrampilan. Kefahaman cinta yang betul akan dapat mentransformasikan generasi yang rasional dan berakhlak mulia.
Kata kunci: Cinta sejagat, Transformasi, Belia

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.