kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Kesejahteraan Aset Belia Malaysia Kontemporari

Tajuk Kesejahteraan Aset Belia Malaysia Kontemporari
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

Kesejahteraan Aset Belia Malaysia Kontemporari:

Cabaran Awal Ke Arah Merealisasikan Dasar Belia Malaysia

 

Haslinda Abdullah, Dzuhailmi Dahalan*, Steven Eric Krauss,

Abdul Hadi Sulaiman & Azimi Hamzah

Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia,

Institut Pengajian Sains Sosial,

Universiti Putra Malaysia

Corresponding author email:

dzuhailmi@gmail.com

Abstrak

 

Makalah ini mengupas kesejahteraan aset belia Malaysia kontemporari dalam konteks Pembangunan Belia Positif (PYD). Pembangunan aset adalah konsep PYD yang mensintesis faktor konteks dan individu. Kewujudannya berfungsi untuk melindungi atau menghalang tingkahlaku yang boleh menjejaskan kesihatan serta berupaya mempertingkatkan peluang dan hasil PYD. Kajian semasa menunjukkan semua aset dalaman (kecuali Aset Gaya Hidup Sihat) menunjukkan skor yang tinggi berbanding skor aset luaran. Sungguhpun begitu, belia Malaysia merasakan bahawa diri mereka kurang mendapat sokongan daripada anggota kejiranan, di samping kurang mendapat peluang melibatkan diri dalam aktiviti yang bermakna. Ini menyebabkan belia tidak melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada anggota dalam masyarakat. Kajian ini melibatkan 6822 responden berumur antara 13-17 tahun dari seluruh negara menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Justeru, program pembangunan belia tidak lagi harus dipandang sebagai satu struktur terpencil bahkan perlu untuk menggabungkan golongan belia dan masyarakat melalui kerjasama belia-dewasa (youth-adult partnership). Hal ini penting untuk diberi perhatian oleh semua pemegang taruh di Malaysia yang mempunyai belia sebagai klien ke arah mengenalpasti cabaran awal di dalam merealisasikan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang terkini yang berteraskan PYD.

Kata kunci: Kesejahteraan, Aset belia, Pembangunan belia positif, Dasar Belia Malaysia

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.