kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Keupayaan Meneroka Pasaran Baru Usahawan Graduan Ikbn Melalui Penggunaan Ict Serta Aktiviti R&D

Tajuk Keupayaan Meneroka Pasaran Baru Usahawan Graduan Ikbn Melalui Penggunaan Ict Serta Aktiviti R&D
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

KEUPAYAAN MENEROKA PASARAN BARU USAHAWAN GRADUAN IKBN MELALUI PENGGUNAAN ICT SERTA AKTIVITI R&D

 

SARIDAN ABU BAKAR & SOFIAH AB RAHMAN

 

ABSTRAK

Kebolehpasaran graduan lepasan IKBN bukan sahaja dilihat dari aspek penerimaan sektor perindustrian tetapi peningkatan graduan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Perniagaan-perniagaan yang dijalankan ini mempunyai hubungkait dengan kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keupayaan perniagaan yang dijalankan oleh graduan IKBN untuk meneroka pasaran baru melalui aktiviti inovasi serta penggunaan teknologi maklumat dan computer (ICT) daripada kalangan graduan IKBN tahun 2012-2014.  Dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan usahawan berada pada tahap yang rendah.  Sebahagian besar usahawan hanya memasarkan produk mereka di peringkat daerah dan keupayaan mereka untuk meneroka peluang pasaran baru juga turut rendah.  Selain daripada itu, penggunaan teknologi maklumat dan komputer (ICT) di dalam operasi perniagaan juga berada pada tahap yang rendah.  Keupayaan perniagaan menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut rendah di mana sebahagian besar usahawan tidak mempunyai peruntukan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Kata Kunci:   Belia, IKBN, PKS, Perniagaan Mikro, Teknologi Maklumat dan Komputer (ICT), R&D

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.