kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Keupayaan Pks Meneroka Pasaran Baru Melalui Aktiviti Inovasi Serta Penggunaan Ict Satu Penilaian Di Kalangan Pks Belia Di Malaysia

Tajuk Keupayaan Pks Meneroka Pasaran Baru Melalui Aktiviti Inovasi Serta Penggunaan Ict Satu Penilaian Di Kalangan Pks Belia Di Malaysia
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

KEUPAYAAN PKS MENEROKA PASARAN BARU MELALUI AKTIVITI INOVASI SERTA PENGGUNAAN ICT: SATU PENILAIAN DI KALANGAN PKS BELIA DI MALAYSIA

 

SARIDAN ABU BAKAR & SITI ASIAH MD SHAHID

 

ABSTRAK

PKS dianggap penting terhadap pembangunan ekonomi Malaysia yang banyak menyumbang kepada peluang pekerjaan (56%) dan eksport negara (19%).  Sumbangan IKS kepada ekonomi negara juga dapat dilihat sebagai penstabil kepada situasi sosial dan politik negara.  Disamping itu, PKS juga banyak dikaitkan dengan sumbangan mereka kepada aktiviti inovasi melalui penghasilan produk dan proses baru.  Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap transformasi perusahaan mikro milikan usahawan belia bumiputera kepada PKS bagi tahun 2012 hingga 2014 untuk menilai sumbangan belia terhadap ekonomi negara.  Dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan PKS belia masih lagi berada pada tahap yang sederhana dan rendah.  Sebahagian besar PKS hanya memasarkan produk di peringkat daerah dan keupayaan mereka untuk meneroka peluang pasaran baru adalah sederhana.  Selain daripada itu, aktiviti inovasi di kalangan PKS belia bumiputera dikesan berada pada tahap sederhana.  Seterusnya tahap penggunaan teknologi maklumat dan komputer (ICT) juga pada tahap yang sederhana.

Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap transformasi perusahaan mikro milikan usahawan belia bumiputera kepada PKS bagi tahun 2012 hingga 2014 untuk menilai sumbangan belia terhadap ekonomi negara.

Kata Kunci:       Belia, PKS, Perusahaan Mikro, Aktiviti Inovasi

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.