kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Perbandingan Tahap Patriotisme Berdasarkan Tujuh Nilai Murni Terhadap Golongan Belia Mengikut Zon

Tajuk Perbandingan Tahap Patriotisme Berdasarkan Tujuh Nilai Murni Terhadap Golongan Belia Mengikut Zon
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

PERBANDINGAN TAHAP PATRIOTISME BERDASARKAN TUJUH NILAI MURNI TERHADAP GOLONGAN BELIA MENGIKUT ZON

DI MALAYSIA

 

Hamidi Ismail 1, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain1, Shamsul Anuar Nasarah1,

Wasitah Mohd Yusof2 dan Zaheruddin Othman1

1 School of Government, College of Law, Government and International Studies,  Universiti  Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah

2 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya

Corresponding: Hamidi Ismail (hamidi@uum.edu.my)

ABSTRAK

 

Golongan belia seharusnya mempunyai semangat patriotisme yang tinggi bagi menjamin keteguhan negara. Namun begitu, pada masa kini belia didapati memiliki semangat patriotisme yang masih rendah berdasarkan bukti kejadian semasa dalam negara. Objektif kajian ini adalah bagi membandingkan tahap patriotisme belia di Malaysia berdasarkan tujuh nilai murni melibatkan konstruk-konstruk pembinaan konsep patriotisme iaitu kefahaman terhadap sistem pentabiran negara, kebanggaan menjadi rakyat Malaysia, perasaan sayang kepada Malaysia, perasaan kekitaan atau memiliki terhadap negara, kesetiaan kepada negara, berdisiplin atau adab baik demi nama baik negara serta peningkatan produktiviti demi negara. Sebanyak 1500 sampel diambil dalam kalangan belia berumur antara 15 hingga 30 daripada enam zon iaitu Timur, Tengah, Selatan, Utara, Sabah dan Sarawak. Analisis kajian ini adalah menggunakan teknik statistik deskriptif. Berdasarkan hasil kajian mendapati bahawa tahap patriotisme bagi semua zon di Malaysia adalah baik iaitu 73 peratus dengan nilai min sebanyak 7.26. Walau bagaimanapu, hanya Zon Tengah sahaja yang mencatatkan tahap patriotisme sederhana dalam kalangan belia di kawasan berkenaan. Justeru, usaha pihak kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan dalam menerapkan semangat patriotisme melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan wajar diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan tahap patriotisme dalam kalangan belia dan masyarakat umumnya, di samping memberi penekanan lebih kepada Zon Tengah.

Katakunci: Belia, Nilai Murni, Patriotisme, Tahap Patriotisme

ABSTRACT

The youth should have a high sense of patriotism to ensure the robustness of the country. However, nowadays the youth patriotism is found to be low based on evidence of current events in the country. The objective of this study was to compare the level of patriotism of youth in Malaysia based on seven virtuous values ​​involving constructs of the development of the concept of patriotism that is the understanding of the administration system of the country, the pride of being Malaysians, affection to Malaysia, the sense of togetherness or belonging to the country, loyalty to country, being disciplined or good manners for the sake of the good name of the country and increasing productivity for the good of the country. A total of 1,500 samples were taken among youths aged 15 to 30 from six zones of the Eastern, Central, Southern, Northern, Sabah and Sarawak. The study used descriptive statistics for the analysis. Based on the results, the study found that a level of patriotism for all zones in Malaysia is good at 73 percent with a mean of 7.26. Nevertheless, only the Central Zone recorded only moderate level of patriotism among the youth of the area. Thus, the efforts of governments and NGOs in implementing the spirit of patriotism through various activities should be continued from time to time in order to raise the level of patriotism among the youth and the general public, besides giving more emphasis to the Central Zone.

Keywords: Level of Patriotism, Patriotism, Values, Virtuous, Youth

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.