kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Perkaitan Antara Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Dengan Motivasi Peserta Bengkel TOT Pim

Tajuk Perkaitan Antara Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Dengan Motivasi Peserta Bengkel TOT Pim
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

PERKAITAN ANTARA PENGETAHUAN, SIKAP DAN TINGKAH LAKU DENGAN MOTIVASI PESERTA BENGKEL TOT PIM

MANSOR ABU TALIB DAN MUSLIHAH HASBULLAH @ ABDULLAH

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meneliti perkaitan antara pengetahuan, sikap dan tingkah laku dengan motivasi bekas peserta bengkel TOT PIM. Kajian ini telah dijalankan di sembilan buah Negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk memilih 64 orang belia Melayu yang berusia di antara 16 hingga 38 tahun. Sub-skala daripada skala Intrinsic Motivation Inventory – (IMI) iaitu Minat dan Keseronokan (Ryan, Mims, & Koestner, 1983) digunakan untuk mengukur motivasi belia. Skala Communication and Competencies Scale (Gardner, 1983), sub-skala Religious Practice (IBM, 2015) digunakan untuk mengukur tingkah laku dan sub-skala Efikasi Diri (IBM, 2015) digunakan untuk mengukur sikap belia. Turut terdapat beberapa skala yang dibina sendiri oleh penyelidik kajian. Dapatan kajian mendapati pengetahuan, sikap dan tingkah laku peserta berada pada kategori rendah dan sangat rendah, manakala motivasi berada pada tahap sederhana berdasarkan peratusan indeks. Analisis korelasi mendapati kesemua sub-skala pengetahuan, sikap dan tingkah laku mempunyai perkaitan yang signifikan dengan motivasi kecuali sub-skala pengetahuan kompetensi PIM. Hasil analisis regresi mendapati sub-skala tingkah laku pidato awam dan amalan keagamaan merupakan peramal unik kepada motivasi belia yang telah mengikuti bengkel TOT PIM. Kesimpulanya, program modal insan seperti bengkel TOT PIM merupakan satu program yang mampu meningkatkan semangat dan motivasi dalam diri belia untuk menjadi pendakwa moden yang berjaya dengan meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku mereka.

Kata kunci: pengetahuan, sikap, tingkah laku, motivasi, belia, modal insan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.