kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Persepsi Belia Di Malaysia Terhadap Jihad Dan Gerakan Islam Radikal

Tajuk Persepsi Belia Di Malaysia Terhadap Jihad Dan Gerakan Islam Radikal
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

PERSEPSI BELIA DI MALAYSIA TERHADAP JIHAD DAN GERAKAN ISLAM RADIKAL

Nursalihah Ahmad Raston1, Yohan Kurniawan2, Noor Raihaini Zainol1 dan Nurul Fatihah Mohd Fauzi1

 

1Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan,

Universiti Malaysia Kelantan.

2Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

Universiti Malaysia Kelantan.

ABSTRAK

Isu gerakan kumpulan radikal Islam iaitu Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) masih lagi diperkatakan hingga ke hari ini dengan tertangkapnya 12 orang baru-baru ini yang disyaki ahli kumpulan ISIS di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti persepsi belia di Malaysia terhadap jihad mengikut ajaran Islam dan gerakan Islam radikal. Ini kerana, gerakan Islam radikal ini diperkatakan menggunakan perjuangan jihad mengikut ajaran Islam sehingga mampu memesongkan segelintir rakyat Malaysia yang turut terlibat demi mencapai misi gerakan Islam radikal ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan kuantitatif bertujuan untuk mengenalpasti persepsi belia di Malaysia terhadap jihad mengikut ajaran Islam dan gerakan Islam radikal. Populasi bagi kajian ini adalah semua belia yang beragama Islam di Malaysia dan seramai 1200 responden bagi kajian ini telah diambil melalui kaedah persampelan bertujuan di lima (5) zon di Malaysia. Seterusnya, data bagi kajian ini dikumpul dengan menggunakan borang kaji selidik selidik dan dianalisis menggunakan SPSS versi 18.0 secara kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati, sebanyak 45.9% responden menjawab tidak tahu apabila ditanya tentang perintah jihad dalam Islam bukanlah perintah membunuh tetapi perintah berperang iaitu berupaya mempertahankan diri daripada serangan. Kesimpulannya, masih ada dalam kalangan belia yang beragama Islam di Malaysia yang masih ragu-ragu terhadap pemahaman jihad mengikut ajaran Islam dan gerakan Islam radikal.

Kata Kunci: Jihad, Gerakan Islam Radikal

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.