kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

53 KERTAS KERJA DIBENTANGKAN PADA YOURS'21

211130   YOURS 2021

Kuala Lumpur: Sebanyak 53 kertas kerja dibentangkan pada Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2021 (YOURS'21) bertemakan Membentuk Masa Depan: Cabaran Belia Masa Kini secara atas talian melalui platform Zoom Webinar semalam.

Perasmian seminar anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kali kelima itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

KBS dalam kenyataannya berkata, penganjuran kali ini membabitkan kerjasama dengan Institut Pengajian Sains Sosial (Ipsas), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam perkongsian hasil penyelidikan yang memfokuskan kepada pembangunan belia.

"Seminar ini antara medium utama membincangkan isu-isu belia dari perspektif penyelidikan khususnya isu-isu yang relevan, terkini dan memberi fokus kepada cabaran dihadapi oleh belia.

"Di samping itu, seminar ini turut mengetengahkan kepentingan pelaksanaan inisiatif/ program pembangunan belia berpacukan data (data driven)," katanya.

Kenyataan itu berkata, daripada 53 pembentang, enam adalah pembentang antarabangsa dan 47 pembentang tempatan dengan pembentang termuda Syabil Fikri Syamsul Maizam iaitu pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun.

"Beliau membentangkan kertas kerja mengenai Kepentingan Inovasi Kepada Belia Malaysia: Sorotan Perbandingan.

"Kajian beliau membincangkan mengenai peluang belia dalam dunia inovasi dan penyelidikan berbanding Jepun yang pesat membangun bagi melandasi masalah yang dihadapi orang muda untuk terus berinovasi," katanya.

Sumber dari : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/783540/53-kertas-kerja-dibentangkan-pada-yours21

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.