kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PENGARAH IYRES KE IMPACT INTEGRATED

20240502   kunjung hormat impact

Puchong, 2 Mei – Pengerusi Lembaga Ahli Pengarah IYRES, Encik Muhammad Khairil Khalid telah melakukan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah IMPACT Integrated, Tuan Sheikh Farouk di ibu pejabatnya. Antara delegasi IYRES yang turut hadir ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah IYRES iaitu Encik Syafiq Ridzwan Jamaluddin dan En Shamil Norshidi bersama-sama pegawai-pegawai IYRES. Selain itu, Impact Integrated pula diwakili oleh ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada Encik Athari Bahardin dan Encik Samuel Siew.

Program ini dimulakan dengen sesi pembentangan mengenai IYRES oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1 dan diikuti dengan sesi pembentangan mengenai IMPACT Integrated oleh Encik Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif IMPACT Integrated. Perjumpaan dua hala ini bertujuan untuk berbincang mengenai kolaborasi strategik yang boleh dilaksanakan antara IYRES dan IMPACT bagi mengoptimumkan lagi fungsi dan peranan IYRES sebagai satu-satunya pusat penyelidikan belia di Malaysia.

Seusai perbincangan, Pihak IMPACT juga turut membawa delegasi IYRES melawat beberapa kemudahan yang terdapat di ibu pejabat IMPACT Integrated yang berlokasi di Spacerubix Puchong. Antaranya ialah Studio Radio Rakita, ESI Hub dan Sports & Fitness Arena. Semoga sesi kunjungan hormat antara IYRES dan IMPACT ini akan menjadi pemangkin ke arah usaha-usaha pembangunan belia di Malaysia.

#TeamIYRES
#IlmuAmalImpak
#KBSMalaysia
#MalaysiaYouthResearch

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.