- Home
- Berita Terkini
- Sarawak sedia wujudkan Majlis Perundingan Belia negeri
Sarawak sedia wujudkan Majlis Perundingan Belia negeri
Berita Utusan - 08 Oktober 2012
Sarawak sedia wujudkan Majlis Perundingan Belia negeri KUCHING 7 Okt. - Sarawak bersedia mewujudkan Majlis Perundingan Belia (MPB) negeri sebagai platform memantapkan rangkaian kerjasama menerajui cabaran pembangunan kepimpinan belia. Menteri Muda Pembangunan Belia negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, MPB merupakan pentas terbaik untuk golongan belia menyuarakan idea, pendapat dan pendirian atas pelbagai isu pembangunan negara serta antarabangsa. Katanya, rancangan tersebut masih dalam peringkat perbincangan antara Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) negeri dengan Kementerian Belia dan Sukan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20121008/wb_04/Sarawak-sedia-wujudkan-Majlis-Perundingan-Belia-negeri#ixzz28fj0yaC9 |