kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Perkaitan Antara Pengetahuan, Sikap, Dan Tingkah Laku Dengan Motivasi Pencapaian Peserta Bengkel TOT Pembimbing Inspirasi Muda (Pim)

Title Perkaitan Antara Pengetahuan, Sikap, Dan Tingkah Laku Dengan Motivasi Pencapaian Peserta Bengkel TOT Pembimbing Inspirasi Muda (Pim)
Author UNIT PENERBITAN
Published Year 2016
Download
Description

PERKAITAN ANTARA PENGETAHUAN, SIKAP, DAN TINGKAH LAKU DENGAN MOTIVASI PENCAPAIAN PESERTA BENGKEL TOT PEMBIMBING INSPIRASI MUDA (PIM)

MUSLIHAH HASBULLAH DAN MANSOR ABU TALIB

Abstrak:

Artikel ini bertujuan untuk meneliti perkaitan di antara pengetahuan, sikap dan tingkah laku  dengan motivasi pencapaian belia setelah tamat bengkel TOT Pembimbing Inspirasi Muda (PIM). Kajian ini telah dijalankan di sembilan buah negeri Semenanjung Malaysia. Kaedah persampelan bukan kebarangkalian (tidak rawak) jenis persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih 64 orang belia Melayu lelaki dan perempuan berumur di antara 16 hingga 38 tahun. Motivasi pencapaian dan skala pengetahuan belia diukur menggunakan skala yang dibina oleh penyelidik berdasarkan modul TOT PIM. Satu daripada sub-skala sikap diukur menggunakan sub-skala Efikasi Diri daripada Indeks Belia Malaysia (2015). Tingkah laku belia diukur menggunakan skala Communication and Competencies Scale (Gardner, 1983) dan sub-skala Amalan Keagamaan (Indeks Belia Malaysia, 2015). Hasil kajian mendapati 57.8% belia berada pada kategori tinggi bagi motivasi pencapaian. Analisis ujian-t mendapati skor purata komunikasi penyampaian berbeza mengikut tahap pendidikan tertinggi dan status pekerjaan. Skor purata pidato awam berbeza mengikut status pekerjaan, manakala sub-skala kompetensi PIM dan persepsi terhadap kebolehan berdakwah pula berbeza mengikut umur. Analisis korelasi menunjukkan terdapat perkaitan signifikan di antara pengetahuan, sikap dan tingkah laku belia PIM dengan motivasi pencapaian, kecuali bagi dua sub-skala iaitu sub-skala pengetahuan (kompetensi PIM) dan sub-skala sikap (persepsi terhadap kebolehan berdakwah). Kesimpulannya, analisis terhadap pengetahuan, sikap dan tingkah laku membantu dalam menerangkan tahap pemahaman belia mengenai dakwah, pendakwah, dan metodologi dakwah kontemporari. Ia merupakan satu pendekatan proaktif dalam menilai motivasi pencapaian belia setelah tamat bengkel TOT PIM.

Kata kunci: motivasi pencapaian, pengetahuan, sikap, amalan, belia

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.