kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

FAKTOR BELIA TIDAK BEKERJA DARI PERSPEKTIF NEET

Belia adalah golongan yang perlu perhatian khusus kerana mereka adalah modal insan yang masih berada pada umur produktif untuk bekerja. Oleh itu, belia NEET- (Not in Employment, Education or Training) atau tidak dalam pekerjaan, pendidikan atau latihan dilihat sebagai trend yang perlu dielakkan kerana ia boleh membawa kepada kesan negatif dalam meningkatkan ekonomi negara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data dikumpulkan menggunakan kaedah perbincangan dalam kumpulan dan juga temu ramah bersama agensi yang telah dipilih. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti beberapa faktor utama yang menyebabkan belia berada dalam golongan NEET iaitu seperti faktor peribadi, faktor tempat kerja dan faktor keluarga. Kajian juga mendapati bahawa pendidikan juga menyebabkan mereka keciciran daripada segi pekerjaan. Di akhir kajian ini beberapa syor diberikan untuk mengekang trend belia NEET di Malaysia.

Kata Kunci: Belia, NEET, Pekerjaan, Ekonomi, Modal Insan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

SAMBUTAN GOLONGAN MUDA TERHADAP PROGRAM FIT MALAYSIA

Artikel ini berfokuskan kepada dapatan kajian ke atas pelaksanaan program Fit Malaysia dan implikasinya ke atas usaha pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Program Fit Malaysia merupakan program berasaskan sukan dan kecergasan yang dilaksanakan di seluruh negeri dalam usaha menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti kecergasan. Kajian ini dilaksanakan di tiga belas buah negeri dalam Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Sabah, Negeri Sembilan, Sarawak, Johor, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang menerusi satu set borang soal selidik ke atas 2,489 orang responden yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa penyertaan dan sambutan yang sangat baik terutama daripada golongan belia Malaysia. Majoriti penyertaan adalah daripada golongan belia pertengahan iaitu yang berumur dalam lingkungan 18 tahun - 25 tahun. Hasil kajian juga mendapati, aktiviti yang paling mendapat sambutan ialah aktiviti larian. Kemeriahan sambutan ini merupakan suatu kejayaan terhadap penganjuran program ini dan akan diteruskan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan (sporting nation).

Kata Kunci: Fit Malaysia, Golongan Belia, Seluruh Negeri, Aktiviti Larian, Budaya Sukan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

ASPIRASI DAN KECENDERUNGAN BELIA TERHADAP KEPIMPINAN POLITIK MALAYSIA

Artikel ini bertujuan meninjau dan mengenal pasti tahap aspirasi dan kecenderungan belia terhadap kepimpinan politik Malaysia. Kepimpinan politik Malaysia adalah berkaitan dengan aspek kredibiliti karakter pemimpin, idealisme perjuangan, gaya kepimpinan politik dan kecenderungan belia dalam pemilihan pemimpin politik. Belia dalam kajian ini terdiri daripada individu yang berusia sekitar 19 hingga 25 tahun. Metodologi kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian ini dipilih menggunakan teknik stratifikasi daripada lima zon melibatkan 1200 orang sampel pelbagai etnik di Malaysia. Hasil kajian rintis berdasarkan análisis Cronbach Alfa bagi kesemua konstruk yang dikaji keseluruhannya berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.830 hingga 0.955. Analisis data menggunakan SPSS versi 22.0 bagi menganalisis data yang berbentuk statistik deskriptif (min dan sisihan piawai). Hasil kajian menunjukkan tahap aspirasi belia secara keseluruhannya agak tinggi dengan skor min antara 4.049 hingga 5.900. Analisis terperinci menunjukkan bahawa belia meletakkan aspirasi yang tinggi terhadap kredibiliti karakter pemimpin daripada aspek pemimpin berpandangan jauh dan kompeten (min = 5.82, sisihan piawai = 086). Selain itu, belia meletakkan keutamaan kepada idealisme perjuangan politik yang berbentuk nasional (min = 5.90, sisihan piawai = 0.97). Bagi gaya kepimpinan politik pula, belia lebih mengharapkan kepada gaya kepimpinan berbentuk penyertaan berbanding dengan gaya mengarah dan gaya menyokong (min = 5.85, sisihan piawai = 0.97). Majoriti belia meletakkan harapan yang sangat tinggi agar pemimpin menunjukkan sikap kepedulian kepada permasalahan rakyat (min = 5.70, sisihan piawai = 1.16). Analisis data tersebut menggambarkan bahawa belia Malaysia mempunyai aspirasi yang tinggi tehadap kepimpinan politik Malaysia masa kini.

Kata Kunci: Kepimpinan Politik Malaysia, Aspirasi, Kecenderungan, Belia Pelbagai Etnik

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN BELIA TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Makalah ini bertujuan untuk menganalisis tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia melibatkan seramai 400 responden yang dipilih sekitar Lembah Kelang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (cross tabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap perlembagaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap Perlembagaan Persekutuan diterima dengan baik iaitu melebihi 65% berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor-faktor etnik, agama, aliran pendidikan sekolah rendah dan menengah sangat mempengaruhi tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Kata Kunci: Belia, Etnik, Perlembagaan Persekutuan, Kontrak Sosial, Unsur Tradisi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.