kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

GAYA KEIBUBAPAAN DAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL BELIA

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan anak-anak bermula daripada kecil sehingga dewasa terutama dari segi sikap, tingkahlaku, potensi, cara bersosial dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Sejak akhir-akhir ini, kita sering digembar gemburkan dengan isu remaja dan belia yang lemah dari segi bertingkahlaku dan potensi diri. Disebabkan perkara tersebut, kajian ini dijalankan untuk mengetahui apakah terdapat perkaitan antara amalan gaya keibubapaan terhadap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal bagi menjadikan anak-anak lebih kompeten. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh amalan gaya keibubapaan ibu bapa pelajar mengikut dimensi autoritarian dan demokratik berdasarkan kepada perspektif anak-anak terhadap tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal belia. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dengan memilih 400 orang belia di sekitar Lembah Klang Selangor. Selain itu, kajian rintis mendapati kesemua nilai Cronbach Alpha adalah 0.70 keatas. Hasil kajian mendapati ibu bapa belia lebih mengamalkan gaya keibubapaan jenis demokratik pada tahap tinggi berbanding gaya keibubapaan jenis autoritarian. Manakala ujian korelasi pula mendapati terdapat perkaitan yang positif antara dimensi gaya keibubapaan dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal belia. Namun ujian perkaitan mendapati hubungan antara gaya keibubapaan jenis autoritarian adalah lemah dan sederhana bagi gaya keibubapaan jenis demokratik. Oleh yang demikian, hasil kajian ini jelas menunjukkan amalan gaya keibubapaan jenis autoritarian tidak memberikan apa-apa pengaruh terhadap tahap kompetensi komunikasi interpersonal, sedangkan gaya keibubapaan jenis demokratik pula menunjukkan pengaruh yang positif dan sederhana terhadap perkembangan kompetensi komunikasi interpersonal belia.

Kata Kunci: Gaya Keibubapaan, Tahap Penguasaan Kompetensi Komunikasi Interpersonal

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

MAT REMPIT DAN PENGAMBILAN BAHAN TERLARANG DI PULAU PINANG

Di Malaysia, aktiviti lumba motosikal haram telah menarik sekumpulan golongan belia yang sering dilabel sebagai Mat Rempit. Hakikatnya, fenomena lumba motosikal haram ini telah menjadi polemik hangat yang sering dibincangkan oleh masyarakat. Ini kerana penglibatan belia terhadap aktiviti lumba haram ini adalah pada tahap yang membimbangkan. Kajian ini bertujuan menghuraikan interpretasi faktor risiko pengambilan bahan terlarang daripada perspektif tulen dalam realiti sosial Mat Rempit di Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif telah dijalankan terhadap sekumpulan Mat Rempit di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan strategi abduktif dan metod fenomenologi. Sampel kajian dipilih melalui kaedah snow ball dan persampelan bertujuan. Data telah dikutip melalui temubual secara mendalam. Analisis data menggunakan perisian Nvivo yang bertujuan membina kategori serta tema dan kemudiannya disusuli dengan temubual yang seterusnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam realiti sosial Mat Rempit mengambil bahan terlarang semasa menyertai aktiviti lumba haram untuk tujuan keseronokan. Kata Kunci: Interpretasi, Faktor Risiko, Pengambilan Bahan Terlarang, Mat Rempit

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

BELIA DAN KESEDERHANAAN GLOBAL: KE ARAH PEMBENTUKAN KOMUNITI ASEAN

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 di Jakarta, Indonesia 2011, Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan konsep Kesederhanaan Global melalui Global Movement of Moderates (GMM) sebagai suatu jalan terbaik dalam mencapai kesepaduan dalam kalangan negara anggota ASEAN. Belia sebagai generasi pelapis negara yang akan mencorakkan dasar negara perlulah mempunyai garis fahaman yang sederhana bagi membendung kecenderungan berpihak (bias) dengan sesuatu ideologi. Melihat kepada konsep komuniti bayangan atau Imagine Community oleh Benedict Anderson (1991), beliau menjelaskan bahawa perasaan sepunya yang dikongsikan bersama dan merentasi pelbagai bahagian dalam sesebuah negara. Suatu perasaan yang dikongsikan bersama (budaya kebangsaan) dilihat sebagai usaha yang akan membawa kepada kesepaduan penduduk. Hal ini sesuai diadaptasikan ke dalam pembentukan komuniti ASEAN yang bakal digerakkan oleh golongan belia khasnya Malaysia ke arah kesepaduan sosial dalam kalangan negara ASEAN. Kepengerusian ASEAN 2015 telah dilangsungkan di Malaysia pada tahun 2015 yang membabitkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 dan ke-27 yang mana konsensus bersama dalam mewujudkan komuniti ASEAN ini telah dipersetujui dan ditandatangani pada 22 November 2015 di Kuala Lumpur. Tuntasnya wacana ini bakal memperlihatkan objektifnya iaitu bagaimana belia mampu memberikan kelangsungan dalam menjayakan pembentukan komuniti ASEAN, belia sebagai mediasi dalam menyatu-padukan perbezaan ideologi dan kelompok etnik dalam kalangan negara ASEAN bagi mencapai kesepaduan, dan akhirnya apakah belia merupakan kelompok signifikan yang harus diangkat sebagai sosok yang mampu menjayakan pembentukan komuniti ASEAN pada peringkat seterusnya.

Kata Kunci: Belia, Komuniti ASEAN, Kesederhanaan Global, Komuniti Bayangan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

ASET PERKEMBANGAN DAN KEPUASAN HIDUP REMAJA MELAYU

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara aset perkembangan dan kepuasan hidup dalam kalangan remaja Melayu di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di empat buah negeri di semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Johor, Kelantan dan Kedah. Kaedah persampelan Probability Proportionate to Size (PPS) telah digunakan untuk memilih 739 orang pelajar lelaki dan perempuan Melayu berusia di antara 13 hingga 17 tahun. Kepuasan hidup remaja diukur menggunakan Student Life Satisfaction Scale (Huebner, 1991) dan aset perkembangan remaja diukur menggunakan Developmental Assets Profile (Search Institute, 2005). Kajian mendapati 56.7% remaja yang dikaji mempunyai tahap kepuasan hidup yang rendah. Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat perkaitan positif yang signifikan antara lapan kategori aset perkembangan dan kepuasan hidup remaja Melayu. Ujian regresi mendapati secara keseluruhannya pembolehubah yang dimasukkan ke dalam model regresi menjelaskan sebanyak 9.3% daripada varians kepuasan hidup remaja Melayu. Aset identiti positif (β=185, p=0.001) merupakan peramal signifikan yang lebih kuat terhadap kepuasan hidup remaja Melayu. Kesimpulannya, remaja Melayu harus dilengkapkan dengan aset perkembangan bagi meningkatkan tahap kepuasan hidup mereka.

Kata Kunci: Aset Perkembangan, Kategori Aset Perkembangan, Kepuasan Hidup, Remaja Melayu  

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRESS AMONG YOUNG ADULTS

The purpose of this investigation is to identify and to explore the total stress score in terms of stressful environmental events, personality mediators, and intensity of emotional stress responses among young adults in Malaysia. Four thousand three hundred and thirty five respondents (4335) assigned in this study were aged between 15 to 45 years old including both male and female and each originate from all the thirteen states and three territories in Malaysia. A survey using questionnaire of transactional model by Lazarus to the respondents was via online and self- administered. Statistic descriptive and ANOVA data analysis were used to analyze the differences of total stress score on four variables, which include gender, academic level, States/Territories and age. Results of the study on ANOVA test show significant difference on total stress score in terms of stressful environmental events, and intensity of emotional stress responses only on Academic level F (4, 4330) = 3.514, p > .05, which indicate environmental events F (4, 4330) = 3.306, p > .05, emotional response F (4, 4330) = 3.517, p > .05. However, interestingly there were statistically significant difference on gender F (1, 4333) = .548, p > .05 and age (28, 4306) = 2.142, p, > .05, variables concerning environmental events, where the p value is less than .05. This suggests that the total stress scores on four variables namely: gender, academic qualification level, States/Territories and age category among young adults in Malaysia show there were statistically significant on high stress level among young adults in term of environmental events and emotional responses on academic qualification level where respondent without higher education learning are more stressed than those with higher qualification. Somehow, there is a statistically high stress level on environmental events between male and female and age category. The male respondents received higher stress level than the female respondents. In addition, the age category of 15-20 and 36-45 years old are found statistically stressed on environmental events compared to age the group of 21- 25. Therefore, it is concluded that total stress score and stressful environmental events have a significant impact on the young adults’ physical and psychological well-being in Malaysia, and carry with them potentially powerful stress-inducing properties on academic qualification level, age category and between male and female among young adults in Malaysia.

Keywords: Psychological Well-Being, Environmental Events, Personality Mediators, Emotional Stress Responses, Young Adults

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.