kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 (Contract For Service)

 

IKLAN JAWATAN KOSONG
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29 (CONTRACT FOR SERVICE)
DI INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

 

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan dan Gred : Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat Gred FA29
Penempatan : Unit Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
Tempoh : 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2024
Kadar Upah : Gaji Minimum Gred FA29: RM1,549.00
Bilangan Kekosongan : Satu (1) kekosongan
Kelayakan/ Keutamaan
Mempunyai sijil dalam bidang berikut:

  1. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  2. Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  3. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  4. Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

DESKRIPSI TUGAS

  1. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam Programming Languange dan Database Languange terutamanya PHP, dan MySQL;
  2. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam Content Menagement System (CMS) seperti Joomla dan WordPress.
  3. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pembangunan sesebuah sistem/ aplikasi;
  4. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam mengendali dan mengurus rangkaian dan server-server bagi sistem-sistem IYRES;
  5. Mempunyai kemahiran dalam menyediakan bahan-bahan infografik;
  6. Mempunyai kemahiran dalam menyedia, mengendali dan menyelenggara peralatan ICT;
  7. Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
  8.  Menjalankan lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa.

 

CARA MEMOHON

(a) Calon-calon yang berminat memohon jawatan boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Resume;
  2. Salinan Sijil Kelahiran;
  3. Salinan Kad Pengenalan;
  4. Salinan Diploma/Ijazah Sarjana Muda;
  5. Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
  6. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan
  7. Borang permohonan perjawatan (KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN)

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

  1. Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan;
  2. Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.

(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan melalui e-mel adalah TIDAK DITERIMA;

Permohonan secara bercetak perlu dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

(f) Tarikh Iklan :  6 Mei 2024 hingga 20 Mei 2024

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mei 2024 (sebelum jam 12.00 tengah hari)

 

(h) Catatan Am :

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  3. Tempoh sahlaku permohonan adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.