jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

1312

Putrajaya, 13 Disember 2019 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi Kajian Ke Atas Institusi Pengajian Tahfiz di Malaysia yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Eksekutif IYRES.

Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh pakar rujuk kajian dan ex-officio kajian yang terdiri daripada wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) dan Persatuan Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS). Turut dijemput hadir juga adalah wakil dari Institusi Pengajian Tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Wal Imamah dan Maahad Tahfiz Baitul Bayan, Johor.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan hasil dapatan kajin yang telah dikumpulkan daripada pelajar, tenaga pengajar, waris pelajar, alumni, pihak pengurusan Institusi Pengajian Tahfiz, wakil dari Jabatan/Yayasan Agama Islam Negeri serta pejabat Mufti Negeri.

Disediakan oleh:
Asnida Abd Hamid
asnida[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Mastura Mohamad
mastura[at]iyres.gov.my