jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

IYR 1299 edit

Salam sejahtera,

Menjelang 2020, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melangkah ke dekad baru dengan iltizam untuk meneruskan kecemerlangannya sebagai institusi penyelidikan pembangunan belia yang bereputasi tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa. Malaysia merupakan antara negara Komanwel pertama yang membangunkan Indeks Belia Malaysia (IBM) sejak tahun 2006 bagi mengukur tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia yang lebih komprehensif. Selain itu, indeks ini juga dapat membuat penilaian hasil secara berkala bagi memantau perkembangan semasa belia secara lebih konsisten. Lanjutan daripada kaedah pengukuran dan penilaian kesejahteraan rakyat, IYRES sekali lagi menempa nama di peringkat global melalui pembangunan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2018 yang berfungsi mengukur tahap budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi membangunkan ekosistem budaya bersukan secara holistik. Penilaian budaya sukan ini selaras dengan Rancangan Malaysia ke-11 yang menyasarkan 50% rakyat Malaysia mengamalkan budaya sukan menjelang 2020. Kemampuan IYRES untuk kekal sebagai peneraju dalam penyelidikan pembangunan belia di Malaysia kian mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan malah hasil kajian IYRES turut menjadi rujukan badan antarabangsa seperti UNICEF Malaysia dan World Bank Malaysia.

Seiring dengan perkembangan revolusi industri 4.0, IYRES telah mula membangunkan Platform Hub Data Belia (Sistem Ydata, eMYInd, Profil Belia) sebagai salah satu inisiatif dalam menyebarluaskan dapatan kajian dan data-data berkaitan belia di Malaysia. Selain melaksanakan pelbagai aktiviti penyelidikan, penganjuran persidangan, bengkel, seminar, penerbitan jurnal dan risalah mengenai hasil penyelidikan, dan lain–lain inisiatif, IYRES berhasrat agar maklumat ini dirujuk oleh semua pemegang taruh yang mempunyai kepentingan dalam aspek pembangunan belia dalam merangka program berimpak tinggi kepada belia di Malaysia. Oleh yang demikian, IYRES amat mengalu-alukan kolaborasi dari organisasi yang berminat untuk melakukan aktiviti penyelidikan dan seumpamanya bagi meningkatkan lagi kualiti dan kesejahteraan hidup belia di Malaysia. 

Sekian, terima kasih

DR. VELLAPANDIAN PONNUSAMY
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF IYRES