jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

PUTRAJAYA, 26 APRIL 2019 – Bengkel Penulisan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials - WIM) Kerja Belia Siri 1/2019 oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah selesai dilaksanakan pada 26 April 2019. Bengkel Siri 1/ 2019 ini memfokuskan kepada penulisan modul bagi NOSS melibatkan pembentukan pelan mengajar teori yang mengandungi kertas penerangan dan kertas tugasan. Secara keseluruhannya, bengkel ini akan diadakan sebanyak tujuh siri dan Bengkel Siri 2/2019 akan diadakan pada Mei 2019 bagi meneruskan penulisan pelan mengajar amali.

Usaha pembentukan modul bagi Profesionalisme Kerja Belia melalui persijilan kemahiran Malaysia adalah memastikan kerja belia diiktiraf sebagai sebuah profesion. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), pakar rujuk daripada institut pengajian tinggi awam serta badan bukan kerajaan (NGO). Bengkel ini dikendalikan oleh fasilitator dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Negeri Sembilan iaitu En. Mohd Shaari bin Che Awang, selama dua hari bermula 25 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 4, KBS.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Norati’qah Talib
noratiqah[at]iyres.gov.my