kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Semangat setia belia kepada negara luar biasa

 

Berita Kosmo - 25 Mac 2013

Semangat setia belia kepada negara luar biasa

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan semangat setia kepada negara yang ditunjukkan oleh golongan belia masa kini cukup luar biasa.

Katanya, ia dapat dilihat apabila ribuan belia dan orang ramai memenuhi konsert sempena Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Ampang dekat sini malam tadi.

"Konsert ini dapat memupuk perasaan cintakan negara dalam kalangan belia di negara ini dan saya terharu melihat sambutan yang sungguh menggalakkan. Semua yang hadir bersama-sama menzahirkan rasa cinta pada negara.

"Jadi, saya berharap konsert seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi di masa depan bagi memastikan semangat setia dan cintakan pada negara terus subur," katanya selepas bersama 10,000 rakyat menyaksikan konsert tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: www.kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

 

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.