kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Gagasan 1Malaysia Nuansa Baru dalam Mengisi Agenda Pembentukan Bangsa Malaysia

Malaysia telah lama bergelut dalam upaya mengurus kepelbagaian etnik ke arah pembentukan satu Bangsa Malaysia yang terintegrasi dan bersatu padu dalam erti kata yang luas yang merangkumi aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Inilah agenda nasional Malaysia yang masih belum selesai sejak merdeka pada 1957. Etnisiti telah lama mewarnai kehidupan politik Malaysia. Ia merupakan perkara paling fundamental dalam politik negara ini, mengatasi lain-lain persoalan dan isu. Hakikatnya, fenomena kepelbagaian etnik merupakan satu legasi kolonialisme Inggeris yang Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan, melainkan harus menerima dan mengurusnya sebaik mungkin. Justeru pembentukan satu identiti nasional yang dapat memadukan rakyat yang berbilang etnik ini sangat penting bagi Malaysia. Namun, upaya pembentukan satu identiti nasional sering bergeser dengan identiti etnik yang masih kental di dalam masyarakat. Walaupun sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah, isu dan rintangan, secara relatifnya Malaysia agak bernasib baik kerana persoalan mengurus kepelbagaian ini berjaya dilakukan secara harmoni semenjak lima dekad yang lampau. Inilah resipi penting kestabilan politiknya dan pembangunan sosioekonomi yang telah dicapainya sehingga kini. Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas mengambil alih teraju pemerintahan sebagai Perdana Menteri harus dilihat dalam perspektif dan kerangka mengurus kepelbagaian yang dimaksudkan ini. Kertas kerja ini merumuskan bahawa Gagasan 1Malaysia adalah satu nuansa baru yang memberi pengukuhan kepada upaya pembentukan satu Bangsa Malaysia yang telah dicetuskan dua dekad yang lalu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Persoalan baru yang timbul ialah, sejauh manakah pengisian dan pemasyarakatan nuasa 1Malaysia ini dapat dimanfaatkan sehingga memberi dampak yang efektif dalam upaya pembentukan Bangsa Malaysia.

Kata Kunci: Bangsa Malaysia, Identiti Nasional, Identiti Etnik, 1Malaysia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.