kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SUMBER TEKANAN, DAYA TINDAK DAN KESAN TEKANAN DALAM KALANGAN BELIA WANITA BERKERJAVA DI JABATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sumber tekanan, daya tindak kesan tekanan dalam kalangan belia wanita berkerjaya di salah satu jabatan kerajaan di negeri Sabah. Seramai 119 pekerja belia wanita sebagai subjek kajian. Kaedah tinjauan bersifat korelasi menggunakan instrumen Job Stres Inclex (JSI) yang telah diubahsuai bagi mengukur sumber tekanan dan Adolescent Coping Scale (ACS) untuk mengetahui strategi daya tindak yang digunakan oleh responden iaitu terdiri daripada lima bahagian iaitu strategi berfokuskan kognitif, fisiologi, tingkah laku sosial dan emosi. Manakala kesan tekanan pula digunakan untuk mengukur kesna tekanan yang dialami responden iaitu kesan terhadap aspek tingkah laku, kognitif, emosi dan fizikal. Hasil kajian yang diperoleh berdasarkan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan (i) antara sumber tekanan dan kesan tekanan (ii) antara sumber tekanan dan strategi daya tindak (iii) strategi dava tindak dan kesan tekanan. .Namun, hasil kajian menunjukkan umur dan kesan tekanan tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan negative yang signifikan antara bilangan anak dan pendapatan dengan kesan tekanan secara keseluruhan dan kesan tekanan dari sudut emosi.

Kata Kunci: Sumber Tekanan, Daya Tindak, Kesan Tekanan, Wanita Berkerjaya

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.