kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kunjung Hormat Ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

15032017

 

PUTRAJAYA, 16 MAC 2017 – Antara usaha untuk memastikan fungsi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sebagai sebuah institut penyelidikan pembangunan belia yang utama di peringkat nasional, IYRES telah mengadakan beberapa sesi kunjung hormat ke pelbagai agensi. Satu kunjung hormat telah diadakan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY), Putrajaya. Sesi kunjung hormat ini selain daripada bertujuan untuk menjana potensi kerjasama serta perkongsian maklumat dan statistik berkaitan belia ianya juga diharapkan dapat membantu IYRES dalam mempertingkatkan kualiti penyelidikan yang dilaksanakan.

Sesi kunjung hormat ini telah diketuai oleh Cik Azura Abidin selaku Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES bersama eksekutif penyelidik kanan dan disambut oleh Pendaftar ROY, Pn.Hjh. Siti Aishah Yahya bersama dengan para pegawai ROY yang lain. ROY sebagai sebuah badan yang mengawal selia pengurusan pendaftaran persatuan belia akan memberikan kerjasama yang erat bersama IYRES demi kepentingan dan pembangunan belia di Malaysia.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.