kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

GAYA KEIBUBAPAAN DAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL BELIA

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan anak-anak bermula daripada kecil sehingga dewasa terutama dari segi sikap, tingkahlaku, potensi, cara bersosial dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Sejak akhir-akhir ini, kita sering digembar gemburkan dengan isu remaja dan belia yang lemah dari segi bertingkahlaku dan potensi diri. Disebabkan perkara tersebut, kajian ini dijalankan untuk mengetahui apakah terdapat perkaitan antara amalan gaya keibubapaan terhadap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal bagi menjadikan anak-anak lebih kompeten. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh amalan gaya keibubapaan ibu bapa pelajar mengikut dimensi autoritarian dan demokratik berdasarkan kepada perspektif anak-anak terhadap tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal belia. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dengan memilih 400 orang belia di sekitar Lembah Klang Selangor. Selain itu, kajian rintis mendapati kesemua nilai Cronbach Alpha adalah 0.70 keatas. Hasil kajian mendapati ibu bapa belia lebih mengamalkan gaya keibubapaan jenis demokratik pada tahap tinggi berbanding gaya keibubapaan jenis autoritarian. Manakala ujian korelasi pula mendapati terdapat perkaitan yang positif antara dimensi gaya keibubapaan dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal belia. Namun ujian perkaitan mendapati hubungan antara gaya keibubapaan jenis autoritarian adalah lemah dan sederhana bagi gaya keibubapaan jenis demokratik. Oleh yang demikian, hasil kajian ini jelas menunjukkan amalan gaya keibubapaan jenis autoritarian tidak memberikan apa-apa pengaruh terhadap tahap kompetensi komunikasi interpersonal, sedangkan gaya keibubapaan jenis demokratik pula menunjukkan pengaruh yang positif dan sederhana terhadap perkembangan kompetensi komunikasi interpersonal belia.

Kata Kunci: Gaya Keibubapaan, Tahap Penguasaan Kompetensi Komunikasi Interpersonal

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.