kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

FAKTOR-FAKTOR HALANGAN PENINGKATAN TARAF PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN BELIA LUAR BANDAR

Golongan belia merupakan penggerak kepada ekonomi negara. Justeru golongan ini seharusnya dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran pada tahap tertinggi bagi memenuhi tuntutan tersebut. Namun, masih terdapat sebilangan besar golongan belia yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kemahiran yang rendah. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor halangan bagi belia luar bandar yang tidak menyambung pengajian akademik atau latihan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Soal selidik telah diedarkan kepada 1,600 orang belia luar bandar dan seramai 1,259 orang telah mengembalikan semula borang soal selidik tersebut. Manakala sesi temu bual pula telah dijalankan bersama 10 orang peserta. Data kuantitatif dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, dan min skor, manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa faktor halangan yang paling dominan bagi belia luar bandar untuk menyambung pengajian ialah faktor diri sendiri (M=3.34;SD=.70). Faktor-faktor lain pula ialah faktor ekonomi keluarga, bebanan tanggungjawab dan kekurangan pengalaman bekerja. Antara bidang pilihan bagi menyambung pengajian, golongan ini lebih cenderung dalam memilih bidang pertanian (M=3.47; SD=1.03), diikuti oleh bidang multimedia kreatif dan seterusnya kulinari. Bidang lain yang diminati termasuk bidang mekanikal, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan awam. Implikasinya, pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) seharusnya memperluaskan promosi berkaitan program yang ditawarkan melalui penggunaan teknologi dan media sosial secara intensif. Penumpuan bidang yang ditawarkan berbanding lokasi juga perlu disemak semula bagi menarik minat lebih ramai belia luar bandar untuk menceburi bidang kemahiran.

Kata Kunci: Belia Luar Bandar, Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kemahiran, Kecenderungan, Sambung Pengajian

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.