kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pengurusan Hak Cipta

TAJUK

Pengurusan Produk Inovasi IYRES Sebagai Harta Intelek (IP)

LATAR BELAKANG

IYRES merupakan sebuah institusi penyelidikan yang bermatlamat untuk menjadi sebuah pusat rujukan yang terunggul. IYRES mempunyai pelbagai produk inovasi yang dihasilkan daripada penyelidikan yang bercorak intelektual yang perlu dipatenkan atau dilindungi sebagai Harta Intelek (IP). Produk inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan kepada agensi luar/ pihak lain yang dapat dijadikan rujukan dan manfaat bersama. Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 30 Tahun 2009 Dasar Pengkormesialan Harta Intelek Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dibiayai oleh Kerajaan, maka IYRES mengambil inisiatif untuk mengkormesialkan produk-produk inovasi yang telah dihasilkan daripada penyelidikan sebagai harta intelek melalui kaedah Pendaftaran Hak Cipta dan Cap Dagangan kepada Pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

APA ITU HAKCIPTA?

Hakcipta adalah Hak Ekslusif yang diberikan kepada pemilik/ pencipta karya bagi satu tempoh tertentu dan perlindungan adalah secara automatik sebaik sahaja memenuhi kriteria-kriteria yang diperuntukkan di bawah Akt Hak Cipta 1987.

APA ITU CAP DAGANGAN?

Cap Dagangan ialah apa-apa tanda yang digunakan di dalam perdagangan untuk membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniaga-peniaga yang lain. Cap Dagangan termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi unsur-unsur tersebut.

OBJEKTIF

I. Mendapatkan perlindungan bagi produk-produk IYRES yang telah dihasilkan.

II. Menggalakkan reka cipta, kerja-kerja kreatif dan pemindahan teknologi hasil penyelidikan yang telah dijalankan

III. Mendapatkan sijil pendaftaran sah yang menjadi bukti sebagai pemilik sesuatu produk penyelidikan IYRES.

KAEDAH PELAKSANAAN

I. Membangunkan polisi Harta Intelek IYRES

II. Membangunkan prosedur Pengurusan Harta Intelek dalam sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008) IYRES

I. Memastikan ketulinan (originality) dalam penghasilan iovasi

II. Mendaftarkan semua inovasi dengan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)

III. Memastikan staf yang menguruskan perlindungan dan pengkomersilan IP mengikut latihan dan pensijilan yang berkaitan

IV. Melaksanakan pengkomersilan inovasi IYRES

HASIL

I. Perlindungan harta intelek hasil produk IYRES

II. Mendapat hak eksklusif agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.

III. Penjanaan pendapatan hasil royalti inovasi IYRES.

IV. Advokasi ke arah pembinaan budaya dan ekosistem inovasi dalam KBS.

BADAN BERTANGGUNGJAWAB

Unit Inovasi, Perundingan dan Pengkomersialan

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE)

1.PENGENALAN IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE)

Apabila penyelidikan menjadi keutamaan atau “Core Business” dalam sebuah entiti, keperluan cabang penyelidikan untuk menguruskan dan memudahkan aktiviti penyelidikan menjadi penting. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) memerlukan sokongan dari pelbagai arah untuk mengekalkan kedudukan sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia serta berada setaraf dengan kedudukan di peringkat antarabangsa. Hal ini kerana IYRES tidak terkecuali dalam menghadapi cabaran untuk berusaha menjadi pusat rujukan terunggul dalam bidang pembangunan belia di Malaysia.

Bagi memastikan pemantapan hasil penyelidikan yang berkualiti, IYRES sentiasa memastikan kecemerlangan dalam penyelidikan sebagai pakar rujuk utama dalam aspek pembangunan belia dengan membina kepakaran dalaman dari pelbagai bidang serta mengikut kod etika dalam penyelidikan. Pelbagai bentuk latihan dan pendedahan diberikan bagi memastikan tahap kualiti serta kecekapan penyelidik dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Selain mengadakan kolaborasi strategik bersama tenaga pakar dari pelbagai dimensi pembangunan belia, IYRES turut menjalankan jalinan kerjasama strategik dengan para belia di seluruh Malaysia melibatkan belia di peringkat akar umbi (grass root) yang dikenali sebagai “IYRES COMMUNITY ENUMERATOR” atau di kenali sebagai ICE. Kewujudan ICE dilihat sebagai platform terbaik menyuburkan budaya penyelidikan khususnya berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik pembangunan belia.

Pendekatan ini selaras dengan Pelan Startegik Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2013-2015 bagi objektif strategik ketiga iaitu membangunkan sokongan penyelidikan pembangunan belia. Menerusi kewujudkan pendekatan yang komprehensif dan berkesan, aktiviti yang terdapat dalam objektif membantu pihak IYRES melihat profil psiko grafik belia dan dapat mendiagnosis dengan lebih mendalam dalam sesuatu kawasan (in-situ Development) serta memberi gambaran sebenar situasi berkaitan belia.

Selain itu dengan kewujudan enumerator Komuniti ini bukan sahaja membantu dalam proses membudayakan penyelidikan dalam kalangan enumerator, malah ia memberi manfaat kepada pegawai diperingkat negeri dan daerah sebagai “penggerak” bagi membantu melaksanakan program-program yangt berkaitan di peringkat komuniti setempat.

Pada 24 Mei 2015, YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia En khairy Jamaluddin, telah melancarkan IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE) sempena Festival Belia Putrajaya 2015.

 

2.KONSEP IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE)

Sekumpulan belia yang bertindak sebagai rakan strategik IYRES dalam proses pengumpulan data di peringkat akar umbi secara imprikal berasaskan fakta.

 

3.MISI

Melahirkan belia dalam komuniti yang membudayakan penyelidikan berasaskan tindakan “inquiry mind”

 

4.MISI

Melibatkan golongan belia dalam memperkasakan pengurusan data berasaskan realiti di peringkat komuniti.

 

5.TUJUAN MEWUJUDKANKAN IYRES COMMUNITY ENUMERATOR.

ICE dibangunkan bertujuan untuk mengumpulkan data-data kumpulan sasar atau subjek kajian melibatkan kawasan di seluruh Malaysia serta membudayakan penyelidikan dalam kalangan belia Malaysia.

Inisiatif dalam mewujudkan pangkalan data ini adalah salah satu pendekatan yang lebih komprehensif dan berkesan bagi memperkasakan pangkalan data belia serta memudahkan proses pungutan data kajian dilakukan melibatkan seluruh Malaysia.

Selain itu, Enumerator Komuniti berperanan sebagai individu perantara atau duta kecil IYRES kepada komunti setempat. Mereka ini diberitanggungjawab dalam menjalankan pengedaran instrument kepada komuniti setempat. Selain itu, peranan enumerator bukan sahaja kepada bidang penyelidikan, mereka juga turut berperanan dalam membantu pegawai-pegawai pelaksana pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.

Enumerator Komuniti diperlukan untuk meminimumkan risiko 'bias' dalam kajian yang dijalankan serta memberikan impak profesional dan imej kredibiliti kepada kajian.

 

6.PENDEKATAN 4D “APPRECIATIVE ENQUIRY” DALAM ICE.

i. Appreciative Inquiry merupakan satu pendekatan yang digunakan dalam kajian kualitatif dan kuantitatif (Yaeger et al. 2005). Appreciative Inquiry merupakan satu kaedah yang lebih efektif dalam menilai dan membangunkan sesebuah organisasi atau program dengan menumpukan kepada pembinaan pencapaian atau melalui pengalaman positif berbanding memberi penekanan kepada pemasalahan. Pendekatan ini juga digunakan sebagai alat menilai dalam mengukur kesan sesebuah program.

ii. Appreciative Inquiry melibatkan 4 peringkat iaitu Discovering, Dream, Design dan Destiny yang dikenali sebagai ‘4-D Cycle’.

 

1

Menghasilkan produk, aplikasi serta tindakan berterusan
 
Proses perancangan dalam mewujudkan perubahan ke arah yang lebih efektif
 
Proses pencarian dan penemuan berkaitan nilai positif dalam kalangan belia oleh enumerator di peringkat komunti
 
Mengenalpasti isu dan permasalahan di peringkat komuniti
 
Rajah1: Model 4D “Appreciative Inquiry
 

 

i. Mengenalpasti Isu dan Permasalahan Di Peringkat Komuniti

Dalam fasa ini adalah untuk mengenalpastu antara isu-isu serta permasalahan yang barlaku di peringkat komuniti. Sebagai contoh isu berkaitan masalah tingkah laku devian dan lain-lain yang berkaitan.

 

   2  

 3

 

 

4

     5

 

ii. Proses pencarian dan penemuan berkaitan nilai positif dalam kalangan belia oleh enumerator di peringkat komunti.

Dalam fasa ke-2 adalah proses dalam melihat ke depan tentang hal-hal yang mungkin terjadi di masa mendatang. Fasa dalam proses ini berkaitan dengan pencarian dan penemuan nilai-nilai positif dalam kalangan belia oleh enumerator di peringkat komuniti. Penemuan berkaitan pengalaman positif akan terdorong untuk mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan baru dalam mencungkil potensi dalam diri belia.

6 7

8 9

iii. Proses perancangan dalam mewujudkan perubahan ke arah yang lebih efektif.

Fasa ini adalah untuk merancang elemen penting yang diperlukan oleh organisasi untuk mewujudkan perubahan ke arah yang lebih efektif.

 

10 11

12 13

 

iv. Menghasilkan produk, aplikasi serta tindakan berterusan

Fasa yang terakhir adalah berkaitan penghasilan produk serta aplikasi yang akan dijadikan panduan dalam proses tindakan secara berterusan.

 14 15 16

 

7.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ENUMERATOR.

i. Setiap enumerator diberikan kawasan mengumpulan data mengikut kawasan lapangan yang ditetapkan oleh pasukan penyelidik.

ii. Enumerator yang dilantik bertanggungjawab menjalankan tugas yang di amanahkan dalam proses penguta data di lapangan.

iii. Enumerator akan membantu dalam aktiviti-aktiviti pembangunan belia di peringkat komuniti masing-masing.

iv. Enumerator yang dilantik akan menjadi “duta kecil” dalam mempromosikan serta menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan agenda pembangunan belia.

 

8.KRITERIA PEMILIHAN ENUMERATOR COMMUNITY.

Antara syarat-syarat kelayakan minimum permohonan jawatan enumerator ialah:-

i.    Warganegara Malaysia.

ii.   Berumur di antara 18 hingga 40 tahun.

iii.  Berminat dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan.

iv.  Mahir/boleh berkomunikasi dan memahami Bahasa Melayu dan English dengan baik.

v.   Calon yang berpengalaman menjadi pembanci di Jabatan Perangkaan Malaysia dan berpegalaman dalam bidang penyelidikan sosial menjadi keutamaan dalam pemilihan ini.

vi.  Mempunyai lesen memandu kereta dan/atau motor.

vii.  Mempunyai kenderaan persendirian untuk menjalankan tugasan yang diberikan.

viii. Boleh dihubungi bila-bila masa apabila diperlukan untuk menjalankan tugasan yang diberikan.

ix.   Berdisplin, berdedikasi, jujur, komited, berintegriti serta mesra berinteraksi dengan semua orang.

x.    Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.

 

9.PENDEDAHAN LATIHAN DALAM MEMANTAPKAN KUALITI ENUMERATOR.

Enumerator Komuniti yang dilantik oleh pihak pengurusan IYRES akan diberi latihan dan Manual Kerja Pengumpulan data sebagai garis panduan kepada enumerator dalam menjalankan kerja pengumpulan data di kawasan kajian yang ditetapkan. Mereka diberi pendedahan serta kemahiran melibatkan komunikasi, etika dalam penyelidikan, serta asas-asas berkaitan penyelidikan sosial.


Manfaat yang diterima daripada latihan ini akan memberi nilai tambah dalam diri enumerator terutamanya berkaitan elemen “enquiry Mind” dalam membudayakan penyelidikan dalam diri mereka.

17  18

 

10.MEDIUM BAGI PENDAFTARAN IYRES COMMUNITY ENUMERATOR.

Bagi para belia yang berminat dalam bidang penyelidikan dan ingin turut serta sebagai “IYRES Community Enumerator”, pihak pengurusan IYRES menyediakan dua platform iaitu:-

i. Pendaftaran melalui laman Web IYRES iaitu www.ippbm.gov.my

ii. Melalui Sosial Media facebook page IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE). (tekan “LIKE”

  19          20

  Gambar 1 : Pendaftaran Melalui Laman Web IYRES                Gambar 1 : Pendaftaran Melalui Facebook Page : Enumerator

                                                                                                        Community IYRES

 

11. STATISTIK ENUMERATOR YANG TELAH MENDAFTAR SEBAGAI ENUMERATOR COMMUNITY DI SELURUH MALAYSIA

Bil Negeri/Daerah Pentadbiran Jumlah Enumerator Yang Berdaftar dengan IYRES  
 
       
  Malaysia 2164  
       
  Johor 208  
1 Batu Pahat 15  
2 Johor Bharu 42  
3 Kluang 21  
4 Kota Tinggi 20  
5 Mersing 20  
6 Muar 15  
7 Pontian 20  
8 Segamat 20  
9 Kulaijaya 29  
10 Ledang 6  
       
  Kedah 184  
1 Baling 15  
2 Bandar Baharu 20  
3 Kota Setar 20  
4 Kuala Muda 15  
5 Kubang Pasu 15  
6 Kulim 15  
7 Langkawi 16  
8 Padang Terap 18  
9 Sik 24  
10 Yan 10  
11 Pendang 10  
12 Pokok Sena 6  
       
  Kelantan 121  
1 Bachok 13  
2 Kota Bharu 28  
3 Machang 16  
4 Pasir Mas 16  
5 Pasir Puteh 10  
6 Tanah Merah 6  
7 Tumpat 6  
8 Gua Musang 6  
9 Kuala Krai 10  
10 Jeli 10  
       
  Melaka 43  
1 Alor Gajah 15  
2 Jasin 12  
3 Melaka Tengah 16  
       
  Negeri Sembilan 131  
1 Jelebu 24  
2 Kuala Pilah 20  
3 Port.Dickson 30  
4 Rembau 21  
5 Seremban 15  
6 Tampin 6  
7 Jempol 15  
       
  Pahang 152  
1 Bentong 15  
2 Cameron Highlands 6  
3 Jerantut 15  
4 Kuantan 24  
5 Lipis 20  
6 Pekan 20  
7 Raub 15  
8 Temerloh 19  
9 Rompin 6  
10 Maran 6  
11 Bera 6  
       
  Perak 100  
1 Batang Padang 12  
2 Manjung 10  
3 Kinta 10  
4 Kerian 10  
5 Kuala Kangsar 16  
6 Larut & Matang 10  
7 Hilir Perak 10  
8 Ulu Perak 6  
9 Perak Tengah 6  
10 Kampar 10  
       
1 Perlis 14  
       
  Pulau Pinang 53  
1 S.Perai Tengah 13  
2 S.Perai Utara 12  
3 S.Perai Selatan 16  
4 Timur Laut 6  
5 Barat Daya 6  
       
  Sabah 340  
1 Tawau 20  
2 Lahad Datu 21  
3 Semporna 21  
4 Sandakan 20  
5 Kinabatangan 21  
6 Beluran 21  
7 Kota Kinabalu 28  
8 Ranau 24  
9 Kota Belud 20  
10 Tuaran 20  
11 Penampang 16  
12 Papar 6  
13 Kudat 6  
14 Kota Marudu 12  
15 Pitas 15  
16 Beaufort 4  
17 Kuala Penyu 4  
18 Sipitang 12  
19 Tenom 4  
20 Nabawan 5  
21 Keningau 12  
22 Tambunan 6  
23 Kunak 11  
24 Tongod 5  
25 Putatan 6  
       
  Sarawak 233  
1 Kuching 20  
2 Bau 6  
3 Lundu 6  
4 Samarahan 20  
5 Serian 6  
6 Simunjan 6  
7 Sri Aman 12  
8 Lubuk Antu 6  
9 Betong 6  
10 Saratok 6  
11 Sarikei 6  
12 Maradong 6  
13 Daro 6  
14 Julau 6  
15 Sibu 6  
16 Dalat 6  
17 Mukah 6  
18 Kanowit 6  
19 Bintulu 6  
20 Tatau 6  
21 Kapit 6  
22 Song 6  
23 Belaga 6  
24 Miri 19  
25 Marudi 6  
26 Limbang 6  
27 Lawas 6  
28 Matu 6  
29 Asajaya 6  
30 Pakan 6  
31 Selangau 6  
       
  Selangor 186  
1 Gombak 32  
2 Klang 25  
3 Kuala Langat 15  
4 Kuala Selangor 14  
5 Petaling 30  
6 Sabak Bernam 25  
7 Sepang 15  
8 Ulu Langat 16  
9 Ulu Selangor 14  
       
  Terengganu 223  
1 Besut 24  
2 Dungun 29  
3 Kemaman 35  
4 Kuala Terengganu 42  
5 Marang 15  
6 Hulu Terengganu 62  
7 Setiu 16  
       
1 W.P. Kuala Lumpur 54  
       
1 W.P. Labuan 6  
       
1 W.P. Putrajaya 116  

 

Berdasarkan jadual di aatas, seramai 2,164 orang telah mendaftar sebagai Enumerator Community IYRES. Berikut jumlah yang digambarkan melalui peta topografi berkaitan statistik enumerator di seluruh Malaysia

21

 

12. PERANCANGAN PELAKSANAAN IYRES COMMUNITY ENUMERATOR SELARAS DENGAN TAG LINE INSTUTUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES).

 

22

23    24    25

26  27  28

 

13. PENUTUP

Dengan pelaksanaan ICE ini ia dilihat sebagai salah satu platform terbaik dalam menjalankan jalinan kerjasama strategik dengan para belia di seluruh Malaysia melibatkan belia di peringkat akar umbi (grass root) selain itu dengan kewujudan ICE dilihat sebagai platform terbaik menyuburkan budaya penyelidikan berasaskan tindakansecara “inquiry mind” khususnya berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik pembangunan belia.

Profil Projek

Kandungan akan dikemaskini. Terima kasih

Penyumbang MJYS

SKOP

Malaysian Journal of Youth Studies ialah sebuah jurnal berwasit yang komited kepada perkembangan ilmu pengajian belia. Jurnal ini menerbitkan artikel yang menarik minat para sarjana, terutamanya daripada segi kandungan dan pendekatannya. Jurnal ini diterbitkan oleh sebuah Lembaga Editorial yang bebas, terdiri daripada Felo Adjung IPPBM. Selain itu, para sarjana dari luar negara turut dilantik untuk menganggotai Lembaga Penasihat Jurnal ini.

PROSEDUR PENYERAHAN MANUSKRIP 

Malaysian Journal of Youth Studies menerbitkan manuskrip yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Manuskrip yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah merupakan karya asli yang belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan lain. Dua salinan manuskrip, ditaip selang dua baris di atas kertas bersaiz A4, hendaklah diserahkan kepada Ketua Editor, Malaysian Journal of Youth Studies, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Aras 10, Menara KBS, 62570, Putrajaya Malaysia. Biodata ringkas penulis juga perlu disertakan bersama.

Para penulis yang manuskripnya telah diterima untuk penerbitan dikehendaki menghantar sesalinan manuskrip akhir yang telah disunting berserta dengan salinan fail soft copy dan hard copy. Satu nota ringkas biografi penulis perlu disertakan bersama-sama dengan manuskrip. Semasa manuskrip masih dalam pertimbangan Lembaga Editorial, para penulis bertanggungjawab menghubungi editor untuk memaklumkan tentang sebarang perubahan alamat. Setiap artikel yang diterbitkan akan diberikan tiga (3) naskhah salinan Malaysian Journal of Youth Studies.

FORMAT DAN GAYA

Tajuk sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif dan seharusnya tidak melebihi 15 perkataan. Setiap manuskrip harus mempunyai abstrak (150 hingga 250 patah perkataan) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang memerihalkan isi-isi utamanya termasuk kata kunci sekurang-kurangnya lima (5) perkataan.

Semasa ilustrasi termasuk rajah,carta dan graf, mesti dilabel dan disediakan dalam halaman yang berasingan daripada teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang dikehendaki dalam teks hendaklah di tanda dengan jelas. Semua ilustrasi ini harus dirujuk dan di nombor secara berturutan sebagai rajah. Semua ilustrasi hendaklah sama ada dilukis dengan jelas menggunakan dakwat kekal, di fotograf dalam bentuk hitam putih atau warna dan dicetak di atas kertas yang bermutu atau dalam bentuk imej digital dan disediakan dalam bentuk camera-ready.

Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan sistem nama penulis dan diikuti oleh tahun penerbitan. Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah dimasukkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Kesemua rujukan yang dipetik dalam teks haruslah muncul dalam kesempurnaan maklumat dan senarai rujukan. Semua manuskrip mesti mengikut garis panduan rujukan Sistem A.P.A ( The American Psychological Association).

HAK CIPTA

Para penulis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan manuskrip mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta yang sedia ada. Penulis juga membayar ganti rugi kepada para editor dan penerbit ke atas sebarang pelanggaran terhadap hak cipta. Para penulis seharusnya mendapatkan keizinan untuk menerbitkan semula atau mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta dan menunjukkan bukti keizinan tersebut semasa menyerahkan naskhah akhir manuskrip.

PROSES PEWASITAN

Sesebuah manuskrip akan dinilai dan diwasitkan oleh Lembaga Editorial. Keputusan tentang penerbitan sesebuah manuskrip didasarkan kepada saranan ahli-ahli lembaga ini. Sesebuah manuskrip akan dinilai berasaskan kesesuaiannya dengan Malaysian Journal of Youth Studies sumbangan kepada disiplin ilmu, kejituan analisis, keluasan konseptual, persembahan yang jelas dan kesempurnaan teknikal. Bagi memastikan sesebuah manuskrip dinilai semata-mata berdasarkan meritnya, identiti penulis semasa proses perwasitan tidak didedahkan kepada wasit. Manuskrip yang diserahkan oleh mana-mana anggota Lembaga Editorial juga tertakluk kepada prosedur perwasitan yang sama.

 

Malaysian Journal of Youth Studies Malaysia diterbitkan dua kali setahun oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Segala pandangan yang tersiar dalam Malaysian Journal of Youth Studies, kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah pandangan masing-masing penulis, dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sidang Editor. Semua surat-menyurat mengenai makalah dan sehubungan dengannya hendaklah dialamatkan kepada:

 Editor Kerja

Malaysian Journal of Youth Studies
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
Aras 10, Menara KBS
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-8871 3705/3790
Faks: 03-8871 3342
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
http://www.iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.