- Home
- Berita Terkini
- MAJLIS JASAMU DIKENANG YBHG. DATO’ SRI JAMIL BIN SALLEH’
MAJLIS JASAMU DIKENANG YBHG. DATO’ SRI JAMIL BIN SALLEH’
PUTRAJAYA, 15 MAC 2016 – Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang YBhg. Dato’ Sri Jamil Bin Salleh, Mantan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya. Majlis tersebut turut meraikan kenaikan pangkat beliau daripada Jusa A ke Turus 3 serta pertukaran beliau ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula pada 15 Mac 2016. Majlis tersebut juga meraikan YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali yang turut dinaikkan pangkat menjadi Ketua Setiausaha KBS.
Di majlis tersebut, YBhg. Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Sri Jamil Bin Salleh, sebagai tanda penghargaan jasa yang telah dicurahkan selama beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.
Disediakan Oleh : Nadya Shaffinaz Binti Bajuri