- Home
- Berita Terkini
- IYRES & ICU Perkukuh Kerjasama
IYRES & ICU Perkukuh Kerjasama
PUTRAJAYA, 4 JULAI 2017 - Jalinan perancangan strategik IYRES diteruskan dengan sesi kunjungan hormat ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sesi ini bertujuan untuk membincangkan bentuk kerjasama yang dapat dilaksanakan bersama ICU terutamanya dalam perkongsian data belia selaras dengan saranan kerajaan untuk mengaplikasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Pihak ICU yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Strategik, ICU amat positif terhadap cadangan IYRES yang berhasrat untuk melaksanakan perkongsian pintar berkaitan data belia yang dilihat dapat membantu pihak ICU merangka program-program untuk belia bagi meningkatkan lagi proses pembangunan belia Malaysia.
Pasukan IYRES yang diketuai oleh Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES melahirkan penghargaan atas maklum balas positif oleh pihak ICU sepanjang sesi perbincangan berlangsung. Beliau mengharapkan agar kerjasama ini dapat dilestarikan untuk jangka masa panjang.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my