kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kempen Jom Kunjungi Bilik Sekretariat HBN 2012!

Berita KBS - 15 Mac 2012

Disediakan oleh : Siti Noorraishah Bt Ismail (Sekretariat Hari Belia Negara 2012)

 

PUTRAJAYA, 14 MAC 2012 - Sekretariat  Hari Belia Negara 2012 (HBN 2012)  mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mengunjungi Bilik Sekretariat HBN 2012. Bilik Sekretariat HBN 2012 terletak di Aras Lobi, Menara KBS, Presint 4, Putrajaya dan dibuka seawal 7.30 pagi hingga 6.00 petang dan akan dilanjutkan atas permintaan pengunjung.

Bilik Sekretariat ini bukan sahaja dilengkapi dengan ruang pejabat untuk Ahli Sekretariat bekerja, ruang diskusi  tetapi juga ruang informatif bagi mendapatkan maklumat berkaitan program mega itu yang bakal dilaksanakan pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Ahli Sekretariat yang terdiri daripada pelbagai kaum atau multi-racial menjanjikan layanan yang mesra dan menepati kehendak pelanggan kepada setiap pengunjung. Menurut Marcella Kopong , Ahli Sekretariat HBN 2012 yang berbangsa Dusun yang berasal dari Sabah,  Bilik Sekretariat HBN 2012 yang mesra pengunjung ini juga menjual barangan berjenama HBN 2012 dengan harga yang berpatutan. Tidak dilupakan juga, para pengunjung yang singgah di Bilik Sekretariat ini tidak akan pulang dengan tangan kosong tetapi akan dibekalkan dengan maklumat  lengkap berkaitan HBN 2012 serta cenderahati daripada Sekretariat HBN 2012.

Pengunjung yang bertuah dapat bertemu sendiri dengan Ketua Pegawai Eksektif HBN 2012, Encik Mod Nadzri Yaacob yang sentiasa bersedia untuk menerangkan berkaitan HBN 2012 yang bakal menggegarkan Putrajaya Bandar Mesra Belia kelak.

Untuk maklumat terkini, sila layari laman portal HBN 2012 iaitu  Hari Belia Negara atau Facebook : Hari Belia Negara 2012 atau  pengikut twitter@HariBeliaNegara2012 atau talian terus : 03 – 8871 3170.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.