- Home
- Berita Terkini
- Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Teroka Peluang Kerjasama Bersama Yayasan Pelajaran Mara (YPM)
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Teroka Peluang Kerjasama Bersama Yayasan Pelajaran Mara (YPM)
KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus mendapat pengiktirafan dan kepercayaan agensi lain untuk berkolaborasi dalam pelaksanaan kajian. Perkara ini dinyatakan oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM) semasa sesi kunjungan hormat IYRES ke Ibu Pejabat YPM di Kuala Lumpur pada Khamis.
Sesi pertemuan yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj. Zakaria Mat Sam, Ketua Pegawai Eksekutif YPM menyatakan mengenai cadangan YPM untuk melaksanakan kajian pengesanan (tracer study) bagi program YPM seperti Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP). Hasrat tersebut disambut baik oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES yang hadir semasa sesi tersebut dengan menyatakan kajian seumpama ini dapat membantu YPM untuk menghimpunkan data-data berkaitan pelajar yang pernah mendapat penajaan YPM. Data-data yang diperoleh diharapkan dapat membantu YPM merangka dan melaksanakan program-program pengukuhan lain demi meningkatkan pembangunan modal insan belia bumiputera.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my