kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IYRES Terima Anugerah Sijil Pematuhan Saga

22 nov

SEBERANG JAYA, 22 NOVEMBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Sijil Pematuhan Standard Accounting for Government Agencies (SAGA) dalam satu acara yang diadakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Selasa. Sijil Pematuhan SAGA merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada agensi-agensi yang melaksanakan sistem ini serta memberi kelebihan kepada agensi yang telah diiktiraf untuk mendapat lebihan skor dalam pengauditan Indeks Akauntabiliti. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh En. Saat Esa, Akauntan Negara kepada YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Selain IYRES, sebanyak 22 badan berkanun samada di peringkat persekutuan dan negeri turut menerima anugerah berkenaan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah En. Mohd Farius Bujang, Penolong Akauntan, IYRES.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.