- Home
- Berita Terkini
- Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Meterai Persefahaman Dalam Bidang Pembangunan Belia
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Meterai Persefahaman Dalam Bidang Pembangunan Belia
KOTA KINABALU, 21 NOVEMBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pembangunan belia pada 21 November 2017 (Selasa). Melalui perjanjian persefahaman ini, kedua-dua pihak antaranya bersetuju untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan melalui pengajaran, tenaga pakar, bahan ilmiah untuk rujukan kajian serta teknologi yang bersesuaian. Selain itu, IYRES dan UMS turut bersetuju berkongsi pelaksanan program-program intelektual dan latihan yang dijadikan penanda aras agar dapat memberi manfaat terhadap pembangunan belia Sabah khususnya dan negara amnya. IYRES telah diwakili oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES dan UMS telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Dahlan Hj. A. Malek, Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS. Acara ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan Hj Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES dan En. No’ man Hj. Ahmad, Pendaftar UMS yang turut hadir sama pada majlis berkenaan. IYRES amat berharap melalui MoU ini ia dapat menyebarluaskan peranan dan fungsinya dalam kalangan pelajar-pelajar UMS serta belia Sabah sebagai pusat rujukan utama pembangunan belia Malaysia.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my