kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

BEKWAH Meriahkan Jelajah HBN 2012.

Berita KBS - 21 Mac 2012

Oleh : Khalid Khairuddin (Unit Komunikasi Korporat)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


BALING, 15 MAC 2012 : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)  telah mengadakan program  mempromosikan Hari Belia Negara 2012 (HBN 2012) bertempat di Kampung Kemangi, Baling. Program yang berlangsung selama 2 hari tersebut telah menarik hampir dua ribu pengunjung dari berbagai lapisan masyarakat dan umur.

Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia khususnya yang berada di kawasan luar bandar supaya datang menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan program Hari Belia Negara yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya, Bandar Mesra Belia.

Program ini turut mengadakan pelbagai aktiviti antaranya sukaneka, pertandingan mewarna, pameran dari agensi-agensi kerajaan, gotong royong konvoi motosikal, cabutan nombor  bertuah dan persembahan muzik.

‘Cukup luar biasa’, itulah ungkapan oleh masyarakat setempat berhubung sambutan yang sangat menggalakkan. Respon yang positif juga diluahkan oleh ketua kampung tersebut, Hj Mat Ali bin Mat Isa. Tambah beliau lagi, diharapkan supaya aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dan dijadikan aktiviti tahunan dalam kalendar Kementerian Belia dan Sukan.

Tuan  Borhan bin Dollah, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara menyeru belia-belia di Kampung Kemangi, Baling untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya kelak.

Beliau juga memaklumkan bahawa Jelajah HBN 2012 ini  tidak akan berhenti di sini sahaja Ia akan terus bergerak  ke negeri-negeri lain terutamanya kawasan luar Bandar yang kurang mendapat pendedahan mengenai HBN 2012.

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Aziz bin Hj Hamid;  Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah,  Tuan Azmi bin Che Hussain;  Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, wakil-wakil pertubuhan belia setempat dan JKKP Kg. Kemangi.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.