- Home
- Berita Terkini
- IYRES Dan JAKIM Luaskan Jalinan Kerjasama
IYRES Dan JAKIM Luaskan Jalinan Kerjasama
PUTRAJAYA, 11 JANUARI 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk memperluaskan lagi jalinan kerjasama dalam pelaksanaan kajian, program dan aktiviti yang berfokus kepada pembangunan belia.
Perkara tersebut dinyatakan semasa pertemuan IYRES bersama JAKIM pada Khamis lepas. Sesi pertemuan yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM menyatakan JAKIM bersedia untuk berkolaborasi dengan IYRES secara NBOS dalam pelbagai program dan aktiviti. Beliau turut memuji usaha IYRES dalam menghasikan kajian-kajian yang berkualiti seperti Indeks Belia Malaysia.
JAKIM turut menyambut baik dan menyokong cadangan pelaksanaan kajian oleh IYRES berkaitan pengurusan sekolah tahfiz dan berharap hasil kajian tersebut dapat menambahbaik pengurusan sekolah tahfiz pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my