- Home
- Berita Terkini
- 50 Pemimpin Belia Dunia Berkampung di IYC.
50 Pemimpin Belia Dunia Berkampung di IYC.
Berita KBS - 22 Mac 2012
Oleh : Zaid Izlan Ibrahim Hakimi ( Unit Komunikasi Korporat, KBS)
CHERAS, 20 Mac 2102 – Pusat Belia Antarabangsa atau International Youth Centre (IYC) di Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur dibanjiri seramai 50 pemimpin belia dari 15 buah negara termasuk Malaysia dalam “ Workshop on Youth Leadership In The New Millenium ” yang diadakan selama seminggu bermula hari ini
Antara negara yang mengambil bahagian adalah Bangladesh, Brunei Darussalam, Germany, India, Indonesia, Maldives, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Vietnam, dan Yemen.
Program ini diantara lain bertujuan untuk memeriksa implikasi pendekatan kepimpinan semasa dalam era baharu masa kini yang diketuai Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Senator Tuan Gan Ping Sieu.
Beliau dalam majlis yang bertemakan ‘Every Youth Is a Leader’ telah menegaskan bahawa dunia telah berkembang maju daripada era abad ke-20 kepada era abad ke-21 dan senario tidak lagi sama di mana para belia adalah warganegara yang perlu berubah dan berkembang untuk terus bersaing dalam era yang baru ini.
Beliau turut menyatakan bahawa populasi belia berumur di antara 15-40 tahun pada masa ini berada di tahap 42.5% dan dijangkakan akan berada pada tahap 46% dalam masa dua tahun akan datang.
“Dengan jumlah yang begitu tinggi di mana jumlah ini mungkin mencecah sehingga 50% iaitu separuh daripada populasi penduduk Malaysia terdiri daripada para belia. Memandangkan para belia menjadi satu entiti yang amat penting, cabaran yang paling getir untuk pemimpin belia ialah bagaimana untuk mengharungi idealisme belia dan mengimbangkan ia dengan dunia sebenar,“ ujarnya.
Dengan berlangsungnya majlis ini, beliau berharap agar dengan pendedahan yang akan diberikan dapat menyediakan para belia supaya dapat memastikan perkembangan kemajuan belia berada di landasan yang boleh mencipta impak positif ke atas masyarakat serantau pada era masa kini.
Majilis ini turut disemarakkan lagi dengan ucapan Pengerusi Organisasi Workshop on Youth Leadership in the New Millenium dan Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Dato’ Raja Ruslan Raja Samah.