kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

WASATIYYAH & INTEGRITI DALAM DIRI FOKUS TRAVELOG ILMU SIRI 2/ 2018

12 jul

PUTRAJAYA, 12 JULAI 2018 –Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS telah menganjurkan Travelog Ilmu Siri 2/2018 dengan tajuk ‘Wasatiyyah dan Integriti Dalam Diri Kita’. Pemilihan tajuk ini adalah bertepatan dengan inisiatif pihak kerajaan yang menggalakkan penyebaran nilai wassatiyah dan integriti dalam kalangan belia dan masyarakat.

Penerapan nilai wassatiyah ini penting bagi menyeimbangkan kehidupan agar tidak terlalu ekstrem. Perkara tersebut dinyatakan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Ustaz Harryanto Rizal Rokman. Selain itu, beliau turut menambah bahawa nilai integriti adalah asas yang penting dalam melahirkan insan holistik serta pembentukan peribadi insan.

Seramai 100 orang peserta terdiri daripada warga KBS, agensi dan peserta luar menghadiri program ini. Turut hadir adalah YBhg. Pn. Noorhaizan Che Mohamed Nawi, Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA Cawangan KBS, YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan En. Ahmad Huzairi Rawee, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Siti Shazwani Md. Yusoof
shazwani[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.