- Home
- Berita Terkini
- IYRES PERKUKUH KERJASAMA PEGAWAI MELALUI KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI
IYRES PERKUKUH KERJASAMA PEGAWAI MELALUI KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI
PUTRAJAYA, 3 MAC 2019 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Kursus Pemantapan Organisasi pada 1 hingga 3 Mac 2019 bertempat di Radiant Retreats, Janda Baik, Pahang yang merupakan sebahagian daripada perancangan Pelan Operasi Latihan (POL) IYRES bagi tahun 2019. Objektif utama adalah untuk memantapkan kemahiran dan keupayaan pegawai dalam melaksanakan tugasan serta memupuk semangat kebersamaan (sense of belonging). Selain itu, ia juga diharapkan dapat meningkatkan lagi kreativiti pegawai dalam melaksana serta menguruskan tugasan di pejabat. Kursus ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan semua pegawai dan kakitangan IYRES.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Disunting oleh:
Raja Shahida Raja Hassan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.