- Home
- Berita Terkini
- KUNJUNG HORMAT DARI BAHAGIAN PENYELIDIKAN BAHASA, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KUNJUNG HORMAT DARI BAHAGIAN PENYELIDIKAN BAHASA, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Putrajaya, 9 Disember 2019 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 10, Menara KBS, telah berlangsung sesi Kunjung Hormat dari Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Manakala dari pihak Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka diketuai oleh Dr. Rusmadi Baharudin, Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sesi ini telah membuka ruang kerjasama serta perkongsian idea dalam bidang penyelidikan pembangunan belia.
Disediakan oleh:Muhammad Hadi Muhammad Nafis
hadi[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Mastura Mohamad
mastura[at]iyres.gov.my