kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sukarelawan MYCorps Agih Bantuan Di Nepal

 

PARSA (Nepal): Sejajar dengan misi kemanusiaan membantu golongan yang memerlukan, sukarelawan MyCorps Asia Selatan 2.0 terus mengharumkan nama negara dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangladesh dan Nepal.

Terkini, seramai 260 pelajar dari Sri Nepal Basic School di Kampung Bishamrampur di Parsa, Nepal, menerima bantuan persekolahan daripada kumpulan lima sukarelawan MyCorps yang ditempatkan di daerah itu.

Jurucakap kumpulan itu, Siti Nadia Zakaria berkata pengagihan bantuan persekolahan itu dilakukan menerusi Projek #Bag2School MyCorps Asia Selatan 2.0 membabitkan dana USD650 (RM2640).

“Kesemua beg sekolah ini ditempah khas dari kilang beg di Birgunj selain bantuan alat tulis seperti pensel, buku, pemadam dan pengasah,” katanya dalam emel kepada AlHijrah Online menjelaskan sukarelawan MyCorps terbabit secara langsung dalam pembungkusan dan pengagihan bantuan persekolahan itu.
Siti Nadia berkata sukarelawan MyCorps juga turut menjalankan projek kebersihan oral untuk kanak-kanak, projek pendidikan awal kanak-kanak dan kelas bahasa di sekitar kawasan kampung terbabit.

Mengulas mengenai bantuan persekolahan itu, pengetua sekolah, Rahendra Prasad Patel berkata semua 260 pelajar terbabit tidak berkemampuan untuk membeli barang keperluan sekolah.

“Ibu bapa mereka kebanyakannya hanya bekerja sebagai buruh dan ladang bagi menampung kehidupan seharian,” katanya menegaskan pelajar dan ibu bapa terbabit amat menghargai sumbangan bantuan persekolahan itu.

Seramai 41 sukarelawan MyCorps kini berada di Nepal dan Bangladesh dalam misi kemanusiaan selama dua bulan sehingga akhir bulan ini bagi membantu meringankan beban masyarakat di mana mereka ditempatkan.

MyCorps adalah program pembangunan sukarelawan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang setakat ini menyaksikan sukarelawan terpilih dihantar ke luar negara, termasuk di negara-negara Asia, Timur Tengah dan Afrika bagi menjalankan misi kemanusiaan

Sebelum dihantar mengikuti misi kemanusiaan di dalam atau luar negara, sukarelawan diberikan latihan secara intensif selama sebulan membabitkan lebih 20 modul pengajaran yang dikemudikan profesional dan pakar dalam bidang kemanusiaan, media, pemasaran, komunikasi dan bidang berkaitan lain. – AlHijrah Online/Syed Azwan Syed Ali Sumber Berita : alhijrahnews.
Pautan : https://alhijrahnews.com/sukarelawan-mycorps-agih-bantuan-di-nepal/

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.