kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Reezal Merican sambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi

rezal

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican menyambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat.

Menurutnya, pakej yang diumumkan ini sangat penting terutamanya kepada rakyat yang menempuh tempoh sukar sepanjang penularan wabak COVID-19.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, atas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang cukup komprehensif, berani dan yang paling penting untuk membantu rakyat semua lapisan dan segenap bangsa," katanya melalui satu rakaman video.

Bantuan Prihatin Nasional ini bukan sahaja melibatkan golongan B40 malah M40 juga turut mendapat bantuan yang sama.

Belia yang berumur 21 tahun ke atas juga diberi bantuan sebanyak RM800 bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM2,000 kebawah manakala mereka yang mempunyai pendapatan RM2,000 sehingga RM4,000 pula diberi bantuan sebanyak RM500.

Tidak dilupakan golongan mahasiswa turut mendapat bantuan sebanyak RM200 melalui Bantuan Prihatin Nasional.

Pada masa sama, penangguhan pembayaran PTPTN dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran yang membabitkan lebih kurang 174,000 pelajar juga dilihat sebagai satu  bantuan yang amat signifikan dan cukup bermakna untuk gologan belia.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat dapat memberi kelegaan bagi rata-rata rakyat di negara ini meskipun berdepan tempoh sukar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Menerusi perkongsian di laman Twitter Astro AWANI mendapati ramai pihak yang berterima kasih dan berpuas hati dengan manfaat yang melibatkan kakitangan kerajaan, golongan B40, M40, pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sektor korporat dan swasta, bujang, mahasiswa serta pesara kerajaan.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.