- Home
- Berita Terkini
- Strategi Untuk Belia Pasca COVID-19 - Siri Dialog ‘Future Proof’
Strategi Untuk Belia Pasca COVID-19 - Siri Dialog ‘Future Proof’
PUTRAJAYA, 6 Mei - Siri Dialog ‘Future Proof’ diadakan membincangkan strategi untuk membantu belia pasca penularan wabak COVID-19 dengan mendapatkan pandangan pakar dari pelbagai bidang.
.
Perbincangan ini dikendalikan oleh Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama-sama Pejabat YB Menteri Belia dan Sukan dengan membawa pakar-pakar seperti Prof Dr Md Amin Md Taff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UPSI; Dr Madeline Berma, Felo Akademi Sains Malaysia; Dr Mohd Yusof Saari, Pensyarah Kanan Ekonomi UPM; Prof Madya Dr Ismi Arif Ismail, Pensyarah Kanan UPM; Prof Madya Dr Russayani Ismail, Pensyarah Kanan UUM serta penyelidik-penyelidik IYRES.
.
Selain melihat dari segi inisiatif yang dapat membantu belia khusus berkenaan peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaa, perbincangan juga menyentuh soal reformasi struktur yang perlu dilakukan dalam memastikan dasar yang lebih inklusif untuk belia.
.
Perbincangan turut menyentuh strategi terhadap kebimbangan YB Menteri Belia dan Sukan terhadap kumpulan belia yang dikategorikan sebagai ‘invisible in the society’ iaitu Not in Education, Employment and Training (NEET).
.
Siri Dialog ini akan diteruskan dengan turut menjemput kumpulan pemikir dari kalangan belia serta pakar dari pelbagai bidang termasuklah seni kreatif, sukan, keusahawanan, pendidikan, pertanian, aktivis sosial dan sebagainya dengan bersemuka atau sidang video secara berterusan.
.
Berminat untuk menyumbang ke arah pembangunan belia yang lebih menyeluruh? Boleh kemukakan cadangan anda kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
.
Kami mendengar.
Sumber : Facebook KBSMalaysia.
Pautan : Facebook