- Home
- Berita Terkini
- Sesi Taklimat IYRES kepada pejabat YB Menteri
Sesi Taklimat IYRES kepada pejabat YB Menteri
Putrajaya, 21 Mei 2020 – Sesi Taklimat IYRES kepada pejabat YB Menteri diadakan bagi memperkenalkan fungsi, hasil penyelidikan, program-program dan Hub Data Belia IYRES. Sesi taklimat dimulakan dengan pembentangan slaid pengenalan oleh Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) kepada Pegawai Pejabat YB Menteri Belia dan Sukan. Sesi diteruskan dengan slaid taklimat Hub Data Belia dan perbincangan berkaitan Hub Profil Belia oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.
Sesi taklimat diakhiri dengan cadangan kerjasama dalam menyediakan maklumat yang diperlukan kepada pejabat YB Menteri.