kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

COVID-19: 3 daripada 5 hilang pekerjaan berusia bawah 40

 

KUALA LUMPUR: Tiga daripada lima individu yang hilang pekerjaan dalam tempoh beberapa bulan lalu berusia di bawah 40 tahun.

Kebanyakan mereka berkerja di sektor tidak formal yang tidak menawarkan sebarang jaringan keselamatan sosial.

Pakar Ekonomi DM-Analytic Sdn Bhd, Zouhair Rosli, berkata kaji selidik mendapati tiga daripada lima pekerja sektor tidak formal berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

Hampir 50 peratus kumpulan ini hilang perniagaan semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebanyak 2.5 juta rakyat Malaysia bekerja di sektor tidak formal. Bilangan belia berusia antara 20 hingga 30 tahun yang bekerja di sektor ini meningkat dua kali ganda daripada enam peratus pada 2016 kepada 12 peratus pada 2019, walaupun pekerjaan itu tidak menawarkan pendapatan tetap.

"Mereka yang berjaya mengekalkan pekerjaan pula kekurangan 90 peratus pendapatan.

"Golongan ini mengakui mereka tidak mempunyai simpanan yang cukup walaupun untuk bertahan bagi tempoh sebulan," katanya dalam sesi Webinar Belia mengenai COVID-19: Cabaran dan Survival Golongan Belia, yang dianjurkan sayap belia Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Beliau berkata, belia memerlukan intervensi 'luar biasa' daripada kerajaan untuk membantu mereka kembali ke landasan, sambil menambah bantuan yang diberikan setakat ini tidak mencukupi bagi mereka yang bekerja sendiri atau diberhentikan.

Tambahnya, lebih banyak pekerjaan perlu diwujudkan untuk golongan belia supaya mereka selamat dalam tempoh krisis seumpama ini sementara belia yang bekerja sendiri sepatutnya terus menerima bantuan kerajaan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan sehingga akhir tahun ini.

Sementara itu, wakil Majlis Belia Malaysia, Muhammad Abu Kadir Mubarak Ali, berkata pandemik COVID-19 menunjukkan jurang perbezaan digital negara terhadap pelajar daripada keluarga miskin dalam memenuhi keperluan pendidikan dalam talian.

"Jurang ini begitu ketara dalam kalangan pelajar di sekolah dan kolej. Banyak keluarga, terutama di kawasan luar bandar, tidak mempunyai komputer riba dan berdepan masalah capaian internet yang lemah atau tidak mempunyai internet.

"Kami mempunyai kes sebuah keluarga yang hanya mempunyai satu komputer riba dengan lima anak yang bersekolah.

"Mereka terpaksa bergilir-gilir menggunakan komputer riba dan ia agak sukar untuk dilaksanakan pada waktu tertentu,"katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu memberi perhatian mengenai hal ini kerana jurang perbezaan digital yang besar ini memerlukan tindakan serius.

"Golongan yang paling terkesan adalah isi rumah daripada kumpulan B40 yang mempunyai keluarga besar," katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Abu Kadir menekankan perlunya Putrajaya mempercepat pelaksanaan perancangannya untuk menangani cabaran digital yang dihadapi pelajar daripada golongan miskin.– BERNAMA Sumber : Berita Harian
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/700243/covid-19-3-daripada-5-hilang-pekerjaan-berusia-bawah-40

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.