kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS, KKMM lancar Program myGIG bagi menyokong aspirasi belia

KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini melancarkan Program myGIG sebagai pendekatan strategik menyokong belia dalam ekosistem ekonomi gig pasca-COVID-19.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata program itu merupakan produk sulung Kerjasama Rentas Kementerian yang ditawarkan kepada belia menggunakan platform sedia ada di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) iaitu eRezeki dan GLOW menjadi myGIG Servis dan myGIG Digital Freelance.

"Program ini merupakan sinergi Kerjasama Rentas Kementerian yang diusahakan oleh KBS dalam usaha membantu kumpulan belia meningkatkan potensi diri serta mengoptimumkan perkembangan ekonomi gig menjadi salah satu sumber meningkatkan pendapatan.

“Pelaksanaan program ini juga mendapat kerjasama padu daripada MDEC dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam aspek penyediaan sistem dan platform serta promosi kepada belia sehingga ke peringkat akar umbi," katanya ketika berucap pada perasmian Program myGIG yang disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook KBS, hari ini.

Pelancaran myGIG itu dirasmikan secara bersama oleh Reezal Merican serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu, Saifuddin berkata kementeriannya akan terus komited untuk mendakap, memahami dan membantu perkembangan ekonomi gig negara ini.

"Kalau dulu kita mungkin risau melihat orang yang bekerja sendiri, namun ekonomi gig ini adalah satu bentuk pekerjaan yang baharu dan kita tidak boleh berlepas tangan daripadanya.

"Ekonomi gig akan kekal di sini dan ia akan berkembang dengan lebih pesat nanti, jadi apa yang penting sekarang ialah bagaimana kita melihat dan mengambil kira soal kebajikan, perundangan, percukaian dan lain-lain melibatkan pekerja ekonomi gig. Semua ini adalah tanggungjawab kerajaan," katanya.

-- BERNAMA Sumber : BERNAMA
Pautan : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1853835

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.