- Home
- Berita Terkini
- BUDAYA SUKAN BAHARU: TERPAKSA DALAM RELA
BUDAYA SUKAN BAHARU: TERPAKSA DALAM RELA
28 Jun 2020 : Siaran langsung temu bual bertajuk Budaya Sukan Baharu: Terpaksa Dalam Rela bersama Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan Prof. Madya Dr. Salleh Aman, Pensyarah Kanan Universiti Malaya di Planet Sukan TV1 RTM.
Sesi temu bual ini membincangkan dapatan kajian Indeks Budaya Sukan 2019 iaitu tahap penglibatan rakyat Malaysia dalam membudayakan sukan dalam kehidupan seharian mereka sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Selain membincangkan tahap penglibatan rakyat Malaysia dalam membudayakan sukan, trend bersukan dalam keadaan “terpaksa dalam rela” pasca-PKP juga menjadi topik yang diketengahkan.
Kesimpulannya, Dr. Vellapandian dan Prof. Madya Dr. Salleh menekankan bahawa setiap rakyat Malaysia harus mengikut SOP sukan yang diketengahkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dan mengamalkan norma baharu supaya kita dapat berjuang untuk menghapuskan rantaian pandemik COVID-19.