- Home
- Berita Terkini
- PRA BENGKEL SCENARIO PLANNING KEPIMPINAN MUDA MASA DEPAN 2035
PRA BENGKEL SCENARIO PLANNING KEPIMPINAN MUDA MASA DEPAN 2035
PUTRAJAYA, 7-8 September 2020: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Pra Bengkel Scenario Planning bagi Kajian Kompetensi Kepimpinan Muda Masa Depan 2035 yang berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 September 2020 bertempat di Hotel Dorsett Putrajaya.
Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk membincangkan isu, cabaran dan trend kepimpinan muda pada masa kini dan masa depan bagi penghasilan senario kepimpinan belia pada tahun 2035. Strategi pelaksanaan Dasar Belia Malaysia (DBM) telah menetapkan tempoh 20 tahun bermula tahun 2015 sebagai tahun asas ke atas pelaksanaan Mekanisme Penilaian DBM.
Seramai 41 orang peserta terdiri daripada kumpulan Pakar Rujuk dan Ex Officio kajian daripada bidang kepimpinan, wakil Institut Pembangunan dan Kecermerlangan Kepimpinan (i-LEAD) serta lapan (8) kumpulan sasaran belia yang mewakili pelbagai bidang seperti Sosial, Teknologi, Ekonomi, Persekitaran dan Politik, serta Nilai Penilaian DBM hadir semasa bengkel ini.
Pada hari pertama, peserta dibahagikan kepada empat (4) kumpulan bagi membincangkan isu, cabaran dan trend kepimpinan muda masa kini dan masa depan menggunakan kaedah STEEP (Social, Technological, Economic, Environmental, Political). Manakala pada hari kedua pula, peserta membincangkan tentang elemen nilai yang perlu ada sebagai seorang pemimpin, mengenal pasti faktor yang mampu menyerlahkan kepimpinan muda masa depan dan implikasinya serta meramalkan senario pada masa depan.
Sesi perbincangan ini telah dikendalikan oleh kumpulan pakar rujuk kajian dan dibantu oleh fasilitator IYRES. Segala input yang diperoleh menerusi bengkel ini akan digunakan semasa pelaksanaan Bengkel Scenario Planning. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.
Disediakan oleh :
Pn. Norhidayah Omar
Eksekutif Penyelidik
Disemak oleh :
Dr. Jamali Samsuddin
Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan