kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MAJLIS AMANAT YB MENTERI BELIA DAN SUKAN & MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA BULANAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BAGI BULAN FEBRUARI 2021

10022021 Majlis Amanat YB

PUTRAJAYA, 10 Februari 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) telah menganjurkan Majlis Amanat YB Menteri Belia dan Sukan dan Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Kementerian Belia dan Sukan bagi bulan Februari 2021. Dua majlis berkenaan telah berlangsung dalam keadaan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tidak dinafikan, suasana majlis perhimpunan tahun ini amat berbeza susulan arahan perhimpunan ramai tidak dibenarkan, oleh itu majlis dianjurkan melalui Facebook Live KBSMalaysia dan disaksikan oleh seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di tempat masing-masing. Para tetamu telah dipertontonkan tayangan video  ucapan aluan dan juga amanat yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan.

Dalam amanat YB Menteri Belia dan Sukan, beliau telah menekankan lima elemen teras yang akan diberi fokus dan keutamaan di KBS iaitu data driven organization, meneroka pelbagai peluang untuk disampaikan kepada kelompok sasar, menyediakan satu landing page khusus untuk belia, pembangunan belia yang inklusif dan aspirasi dalam menyampaikan setiap program, inisiatif dan projek kepada semua pemegang taruh.     

 

 

 

Disediakan oleh :
Mohd Nor Azam Kamarudin
Pembantu Tadbir (P/O)

Disemak oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.